Friday, October 21

Westlife Bakal Dibubarkan Pada Tahun 2012.


Kumpulan yang dianggotai oleh Nicky Byrne, Kian Egan, Mark Feehily dan Shane Filan ini mula menjejak industri hiburan pada tahun 1998 dimana pada waktu itu tumbuhnya boy-band seperti Backstreet Boys dan juga Blue seperti cendawan.
Kenyataan yang baru diumumkan hari ini oleh ahli kumpulan Westlife, “Selepas 14 tahun, 26 hits termasuk 14 single nombor satu, 11 album top 5, tujuh darinya meletup dan telah menjual lebih 44 juta salinan di seluruh dunia, 10 album jelajah dan kenangan yang tidak terkira banyaknya yang kami akan hargai selamanya, hari ini kami umumkan rancangan untuk berpisah selepas menghasilkan koleksi hits terbaik dan jelajah perpisahan tahun depan.
Westlife yang popular dengan lagu seperti “Flying Without Wings” dan juga “Swear It Again” turut menyatakan terima kasih mereka yang tidak terhingga kepada semua peminat-peminat yang setia menyokong mereka dari awal penubuhan sehinggalah sekarang.
“Dalam beberapa tahun ini, Westlife telah menjadi sesuatu yang lebih dari sebuah band. Westlife adalah satu keluarga. Kami ingin berterima kasih kepada peminat yang sentiasa setia dengan kami dan kamu adalah sebahagian dari kami juga,” ujar mereka lagi.
Untuk pengetahuan, Westlife pada awalnya ditubuhkan seramai 5 orang. Namun pada tahun 2004, Brian McFadden telah keluar dari kumpulan untuk menumpukan masa pada keluarga dan projek solonya. via Contact Music
Sumber :Oh Bulan

4 comments:

  1. bubar? huhu... mungkin itu yang terbaik kot.

    hai selamat kenal. senang2, datangla blog kite !

    ReplyDelete
  2. yes,,next year farewell tour dorang..
    dan yg best sy dah pernah jumpe die live concert in dublin!!!!
    ok,mgkin tetibe je comment kat sini..

    ReplyDelete
  3. @FaFa
    salam kenal jugak :) . insyaallah .

    ReplyDelete