Sunday, October 16

Graduation Day of SMK Raja Ali .

Wah wah , tajuk . Bajet speaking pulak aku nie . Tak apa lah , sekali sekala . dua kali dua kala .
Okay , entry aku kali nie pasal Hari Graduasi sekolah aku untuk tingkatan 5 dan 6 . Atau nama barunya Pra-Universiti . Hari Graduasi nie berlangsung pada 15 Oktober 2011 . Semalam lah . Memang best sangat . Kali kedua pakai jubah graduasi . Kali pertama masa muda² dulu . Masa tadika . :D Memang gementar giler la . Macam² aku pikir kalau naik atas pentas nanti . Kot lah terjatuh ke , kasut tertanggal ke (sebab kasut aku longgar , beli last minit punya pasal ) . Tapi alhamdulillah , semuanya berjalan dengan lancar . Ada ke patut aku boleh tersalah tempat duduk lepas dah ambik sijil kat atas pentas . Punya lah gelabah . Aku dah buat orang sleng dah . Tapi nasib baik cikgu tak marah lepas majlis tu . Fuhh ! Lega .
Dah habis majlis tu , mulalah kegilaan kitorang ambik gambar . Dah jubah aku dengan kawan² aku besar , saiz cikgu tu , sebab tahun lepas baju tu cikgu yang pakai . Tapi tahun nie kitorang pulak yang pakai , tak tahu lah kenapa . Pakai jubah graduasi tu dah macam kat Hogwarts School , dalam cerita Harry Potter tu . Nasib baik tak ada tongkat sihir , cuma ada sijil je . Haha .
Nie aku bagi korang tengok gambar kitorang masa hari graduasi semalam . tapi sikit je lah , malas nak upload bebanyak (pemalas betul aku nie)









Nie je lah bebelan aku . Aku dah jarang update blog , maklumlah SPM dah dekat .

Rugi betul kitorang tak dapat bergambar dengan abang hensem form 6 . Masa tu dia sorang² , dah ada peluang dah tu . Tapi masing² takut nak cakap dengan dia . Tapi bila dah ada orang offerkan diri nak cakap kat abang hensem tu , aku pergi lari pulak . Malu *gedik . Abang tu hensem berbaju melayu warna pink lagi .

2 comments: