Friday, December 28

Kasi entri kpop sikit. Nah,baca.

Assalamualaikum semua. Dah lama agaknya aku tinggalkan blog nie. Sekarang aku muncul kembali. Here me come :p
Sebenarnya banyak benda aku nak story. Tapi disaat aku menaip entri nie,aku tersangat lah mengantuk. So idea yang telah tersedia ada telah hilang begitu sahaja dibawa oleh angin malam. Ceh. Hahaha.
Sementara nak tunggu idea yang konon best giler tu,meh aku tempek sikit gambar group kpop yang aku minat. Kepada yang anti kpop tu,sorry sebab buat entri nie. Kahkahkah.

BIG BANG
Dari kiri Daesung,Taeyang,G-Dragon,T.O.P,Seungri
Big Bang, the only kpop male group that I'm adore. Mereka nie sangat lah berbakat. Mereka nie bukan macam segelintir group yang hanya popular sebab rupa tapi vokal ke laut. Tapi Big Bang membuktikan dorang bukan bersandarkan atas rupa tapi bakat. Kelima-limanya boleh menyanyi. Yes,suara dorang serius best. Dalam setiap lagu,setiap dorang nie akan menyanyi solo. Leader Big Bang iaitu G-Dragon sangat berbakat. Boleh tulis lirik,menari. He is so talented. And yes,they are very talented.

2NE1
Dari kiri Sandara Park,CL,Minzy & Park Bom
Okay,group nie pun bukan calang-calang group. Ada rapper woi. Memang susah nak jumpa rapper wanita sehebat CL nie :p . Dan dorang nie tak buat pun pembedahan plastik kecuali Park Bom. Ketiga-tiga tu original face okay. Dorang nie boleh menyanyi live,solo & suara sedap. Bukan macam sesetengah group lain yang bila live,hancur. 

Aku sarankan korang try layan lagu dorang nie. Sumpah korang akan cair. Terutama fangirl tu,cer try dengar lagu Big Bang. Mesti lu cair dengar suara T.O.P. Sebab aku pun cair. Mana tak nya,suara gentle kot,lepas tu dia rapping pulak. Then suka buat mata menggoda dia tu. Pergh gua cair. Hahaha

Okay,aku rasa aku lebih selesa guna panggilan "aku" daripada panggilan Wani tu. Haha. Harap maklum





Tuesday, June 12

Adore Them , BIG BANG

Bismillahirahmanirrahim. Assalamualaikum warahmatullah hiwabarokatuh. Bagi menyempurnakan titah perintah Seri Paduka Norsyazwani,setelah diperkenankan oleh baginda,dengan ini saya isytiharkan bahawa saya nak buat entry baru bagi blog ini. Keh keh keh. *okay Wani,tak lawak pun*
Bukan main lagi ayat pengenalan aku,ala-ala Penyimpan Mohor Besar Raja-Raja Malaysia masa nak umum raya gitu. Haha. 


Cuba tengok blog aku,dah bersawang kan. Nampak tak,nampak tak? Kalau tak nampak tu maknanya pendek umur lah tu. Hehe. Gurau je,jangan marah haa. Nanti kena jual. *okay Wani,stop merepek*


Berbalik pada tujuan utama aku buat entry nie ialah nak cerita pasal minat aku dekat satu kumpulan nie,Korea mari woo. First time minat dan minat gila-gila lah. Eh,lu tak minat Korea? Ada wa kisah. Nie minat wa,so jangan nak larang. Sorry,agak kasar disitu. Hehe
Kumpulan yang dimaksudkan tu ialah BIG BANG. Wooww,Fantastic Baby. Boom Shakalaka. Terserlah keOVERan aku disitu. Haha. 
Aku start minat Big Bang tahun nie. Dulu aku mana layan Korea weyh. Sebab tak faham apa lah dorang merepek menyanyi tu. Last-last wa pun jatuh hati sama itu olang Kolea woo. Itu kumpulan Big Bang. 
Dorang nie bukan calang-calang group. Dorang bukan jenis joget-joget tu je. Dorang ROCK. Yeyeahh! *gaya Amy Search*.
Dorang ada Rapper. G-Dragon dengan TOP. Dorang ada sexy dancer,Taeyang. Dorang ada main dancer,yang perancang tarian tu semua,Seungri. Then dorang ada Daesung. Suara dia unik. Aku rasa paling best suara dia antara semua ahli kumpulan Big Bang tu. Walaupun suara Daesung paling best,aku tetap suka suara TOP. Garau woo. Suara macho gitu. Suka gila dengar suara dia time dia rap. Suara GD pun suka. Tapi suara Taeyang dan tarian dia buat aku cair. Almaklumlah,dia nie sexy dancer. Aduh,bahaya nie. Haha.


Nak tahu tak macam mana aku boleh kenal dan minat Big Bang nie?
Nie gara-gara cerita Running Man. Cerita yang jadi kegilaan ramai. Running Man best woo. Sekali lu dah layan cerita nie,memang lu akan ketagih wa cakap lu. Lawak gila bhai cerita nie. Best gila. Okay,dah melalut pulak dah ke Running Man. Hee.
Dulu selalu lah aku dengar kawan-kawan aku cerita pasal Big Bang. Bluetooth lagu Big Bang,tapi aku buat bodoh je. Almaklumlah,time tu tak minat Korea lagi. Hee
Masa tengok Running Man tu,ada Big Bang. Tiba-tibe berkenan pulak dengan lelaki rambut panjang sebelah,si G-Dragon. So aku bbm Syamira,tanya siapa dia. Syamira cakap lah tu GD. Lepas tu aku tanya lah sorang-sorang nama ahli kumpulan Big Bang tu dekat Syamira. Bukak youtube,layan semua video dorang.
Paling best video parody dorang,memang lawak gila. Dah lah aku layan video dorang malam-malam,so bila nak gelak tu kena cover. Bantal lah jadi mangsa aku. Terpaksa tutup mulut guna bantal untuk gelak. Karang aku gelak je tak cover,habis semua seram dengar aku gelak ala cik ponti gitu. Haha


Meh aku kongsi sikit gambar dan biodata dorang :)

G-DRAGON
Nama : Kwon Jiyong ( GD )
Tarik Lahir : 18 August 1988 (24 tahun)
Asal : Seoul,Korea Selatan
Posisi : Ketua,Rapper Utama


T.O.P
Nama : Choi Seung Hyun  ( T.O.P )
Tarikh Lahir : 4 November 1987 (25 tahun)
Asal : Seoul,Korea Selatan
Posisi : Rapper , Beat Boxer Real


TAEYANG
Nama : Dong Young Bae  ( SOL )
Tarikh Lahir : 18 May 1988 (24 tahun)
Asal : Pocheon , Korea Selatan
Posisi : Vokalis


DAESUNG
Nama : Kang Daesung  ( D-Lite )
Tarikh Lahir : 26 April 1989 (23 tahun)
Asal :  Itaewon ,Korea Selatan
Posisi : Vokalis 


SEUNGRI
Nama : Lee Seung Hyun  ( V.I )
Tarikh Lahir : 12 December 1990 (22 tahun)
Asal : Gwangju , Korea Selatan
Posisi : Vokalis
  



p/s : Entry kali nie agak ke arah k-pop. Aku tahu ramai yang suka k-pop,dan ramai yang tak suka. Sampai tahap benci pun ada lah. Di sini,aku cuma berkongsi minat,tak salah kan. Sorry lah ayat di entry aku ada agak kasar sikit. Aku tak tahu asal tetiba jadi brutal pulak masa taip entry nie. Haha

Monday, June 4

Pemenang Contest Blog Saya Simple Tapi Comel !!!

Assalamualaikum. Sorry lambat umumkan. Ada alasan sebab lambat. Sila rujuk entry ini . Bagi yg setia menunggu, terima kasih kerana memahami situasi. Semalam dah bincang dgn kawan-kawan. Agak pening jugalah. Banyak gila blog yang simple tapi comel ! Jadi setelah bertikam lidah dan bercakar-cakaran dgn Akma & Mira. Inilah keputusannya. Segala keputusan adalah MUKTAMAD. Awak tak setuju? Tp dah muktamad. Tak boleh nak buat apa-apa. Bagi yang tak terpilih utk menang jgn bersedih, cuba lagi lain kali ^__^ Tanpa membuang masa, jom tengok siapa yang bertuah ! 


Tahniah kepada yang menang!
Tempat Ketiga 
- Lens
- Header

Tempat Kedua
- Shawl
- Lens

Tempat Pertama
- Shawl
- Inner
- Brooch
- Lens


Kepada yg menang, siila emailkan details awak ke email Akma,madarameexora@gmail.com sebelum hari Rabu (6 Jun 2012)Sertakan :
- Nama
- Alamat
- No Tel 
- Tempat ke berapa? 1, 2 atau 3?


p/s : Bagi hadiah saguhati iaitu 5x review blog akan diumumkan apabila pemenang-pemenang utama selesai menghantar details. Mana tahu ada pemenang yang tidak alert dan tidak menghantar details , hadiah boleh berganjak kepada peserta yang tercalon dlm review blog .

Sunday, May 27

Senarai Peserta Contest Blog Saya Simple Tapi Comel

Wani ucapkan terima  kasih banyak-banyak kepada semua yang sudi join 1st Contest ni. Tak sangka seramai ini yang akan menyertai. Sekali lagi, terima kasih Wani, Akma & Mira ucapkan !

Senarai ini diambil dari ketiga-tiga blog kami dan akan diupdate dari semasa ke semasa . Sekiranya terdapat double link , harap ada yang memaklumkan. Bagi sesiapa yang entrynya tiada dalam senarai, harap maklumkan kat Wani ye.
Tekan F3 dan taip url blog anda untuk memudahkan carian.

Senarai peserta 1st Contest by Akma,Wany & Mira