Wednesday, October 5

Teruk betul lah artis sekarang nie .


Isu baju seksi yang disebarkan melalui beberapa laman blog semalam melemparkan satu kontroversi kepada seorang penyanyi baru yang dikenali sebagai Amanda Imani, 20. Kontroversi ini sedikit sebanyak menyentakkan hati gadis remaja ini yang terkenal dengan bakat nyanyian berentak jazz.
Menurut Amanda, insiden tersebut berlaku di luar dugaannya kerana gaun yang digayakan perlu bersesuaian dengan tema malam resepsi Norman Hakim & Memey Suhaiza, iaitu Manhattan New York.
“Baju rekaan Wan Huzairil itu sebenarnya mengikut tema malam resepsi Norman Hakim & Memey Suhaiza.It’s a close red carpet event. Kebanyakan selebriti yang hadir pun turut mengayakan fesyen yang lebih kurang sama. Jadi, saya memang terkejut apabila fesyen yang saya gayakan menjadi perhatian pula,” kata Amanda memulakan sesi perbualan dengan OHBULAN!
Mengakui dirinya orang baru, Amanda tidak berniat untuk menimbulkan sebarang kontroversi atau publisiti.
“Saya tiada niat nak timbulkan kontroversi. Niat saya pada malam itu adalah sebagai seorang penyanyi profesional yang ingin menghiburkan hadirin. Saya mendendangkan 2 buah lagu sebagai hadiah buat pasangan berkenaan, iaitu lagu I Turn To You – Christina Aguilera & A Love That Will Last – Renee Olstead. Saya hadir untuk buat kerja sahaja.”
Amanda turut menafikan dakwaan pihak tertentu bahawa dirinya memang gemar berpakaian seksi.
"Ramai lagi orang yang pakai lebih seksi dari saya . Saya rasa pakaian itu lebih modest berbanding yang lain .
"Sebelum ini pun , saya pernah menerima teguran yang sama walaupun pakaian itu tertutup . Mungkin , bentuk tubuh badan kurniaan Tuhan ini yang membuatkan saya kelihatan seksi di mata orang ramai,"ujar Amanda .
Amanda turut menolak pendapat orang ramai mengenai personalitinya yang seakan sama dengan seorang selebriti muda tanah air.
“Kami berdua mempunyai personaliti berlainan. Dia seorang pelakon, manakala saya seorang penyanyi. Masing-masing mempunyai tuntutan kerja yang berbeza.”
Pada masa yang sama, Amanda menjelaskan dia tidak akan berpakaian keterlaluan & terlampau seksi di masa depan.
“Saya tak akan pakai gaun yang keterlaluan sehingga menampak bahagian yang tidak sepatutnya. Saya perlu menjaga hati keluarga juga. Andai kata kalau ada acara yang mengikut tema, saya akan lebih berhati-hati selepas ini.”
“Saya meminta maaf andai kata ada pihak yang terguris dengan cara pemakaian ini. Saya harap pihak berkenaan dapat memberikan kritikan yang membina agar saya dapat perbaiki diri ini di masa akan datang,” kata Amanda Imani mengakhiri temubual bersama OHBULAN!
Info : Oh Bulan !
 Sebab bentuk badan yang Tuhan kurniakan tu lah kita kena tutup dan pelihara daripada pandangan orang ramai 
 Pakai macam tu sebab ikut tema ? So , kalau tema tu tak perlu pakai baju , kau pun tak pakai lah eh ? 

11 comments:

  1. artis sekarang ni dah teruk sangat2.....
    dah terang2 nampak punmasih lagi tak mengaku..
    'saya tak seksi'...tolong lah...

    ReplyDelete
  2. hemm bile sorang ARTIS buat taik,
    memang habes la yg baik2 pon org judge buruk gak nti..sape salah??? :P




    luv,
    cik ana :)

    ReplyDelete
  3. susah kalau orang dah takde rase malu . cam ni la jadinya .

    ReplyDelete
  4. eita : tu la , bila agama diketepikan . perkara yg terang-terangan salah di nafikan .

    anamizu : salah mereka yg buat taik tu . jom kita buat taik balik kt dia . buat taik byk byk . bluerkk :P

    faraezaty : tahu tak pe . teruk betul

    ReplyDelete
  5. dahsyat2x...memang artis dah makin berani pastu tak tau malu plak nak tayang body dkt public..eh, kalau tak tayang body tak leh femes eh? hrmmm

    ReplyDelete
  6. zaman sekarang.....klu x nampak peha x sah...klu x nampak lurah x sah...jgn kan artis....ada gak gurlz2 dia luar sana..mcm boliywood.....

    ReplyDelete
  7. artis sekarang pkai bju mcm tak pkai je -,-

    ReplyDelete
  8. kalau mcm tu bju die kata biasa...na'uzubillah...

    ReplyDelete