Sunday, December 25

Wan Zack Haikal di Majalah Hiburan URTV

Greeting Text
Sanggup aku beli Majalah URTV semata-mata Wan zack Haikal :) Tajuk dia , adess . Haha . Mula-mula aku tak tahu yg Wan Zack Haikal masuk majalah . Aku dapat tahu pon dari Syamira , dia mesej aku hari Jumaat kelmarin , dia dapat tahu dari FB Wan Zack Haikal . Aku yg minat dia giler-giler pon tak tahu dia masok majalah , nie org yg tak minat dia yg bagi tahu aku :D Semangat semalam aku pergi beli . Tak pernah-pernah beli URTV , selalu beli Remaja je . Nasib mak aku tak tanya apa-apa :)



Nama : Wan Zack Haikal Wan Nor
Tinggi : 170 cm
Berat : 66 kg
 Usia : 20 tahun (2012)
Tarikh Lahir : 28 Januari 1991
Tempat Lahir : Kuantan , Pahang
Posisi : Pemain sayap Harimau Muda
Adik-Beradik : Sembilan orang (anak bongsu)
Minyak Wangi : Isseymiyake dan D&G
Jenama Kesukaan : Adidas (sukan) , Giordano dan PDI
Gadis Idaman : Buat masa ini belum ada , single . Nak yg memahami dan menerima                         saya seadanya . Tak suka yang hipokrit .
Warna Kesukaan : Yang terang seperti merah , hijau dan kuning .
Makanan Kesukaan : Masak gulai tempoyak Ikan Patin masakan emak dan lauk pauk                                kampung
Sukan Selain Bola Sepak : Badminton
Perangai Kawan Dibenci : Orang yg tidak jujur dan mementingkan diri sendiri .
Hobi : Menonton wayang , karaoke dan main PS3
Cita-Cita : Nak jadi pemain bola sepak Berjaya dan ahli perniagaan terkenal
Pemain Bola Idola : Ronaldo (Portugal dan Real Madrid)

Part-part ditemubual yg menarik perhatian aku untuk membaca 
"Perempuan yang saya  hargai sekarang ialah ibu saya , Nik Mah Che Leh (65) . Oleh itu cerita cinta atau kahwin belum saya fikirkan . Saya nak bahagiakan ibu . Kalau nak kahwin akan datang ni , bakal isteri pun kenalah menerima ibu saya sebagaimana saya menyayanginya"
 "Cuma saya sedih , ayah pergi lebih awal . Ayah meninggal dunia kerana sakit tua , waktu saya masih belajar . Ayah tak sempat tengok kejayaan saya jadi pemain bola sepak negara . Tapi pesanan ayah , jika nak buat sesuatu kerja mesti serius dan sungguh-sungguh , saya jadikan ingatan . Pesanan emak dan ayah , jaga nama keluarga pun tak akan saya lupa "
Adik beradik sama dgn aku , aku anak bongsu jugak tapi dari 3 orang adik beradik je lah .
Jenama , warna  & sukan kesukaan , perangai kawan dibenci dan pemain bola idola sama dengan aku . Ehem-ehem . Ada kimia antara kita . Muahaha (muntah hijau)
Part perangai kawan dibenci tu , aku highlight terang-terang .                            Siapa makan asam , dialah terasa masamnya . LOL

Alhamdulillah , aku lulus Ujian Berkomputer dengan markah 48/50 . Tak sia-sia aku jawab 500 soalan dalam buku KPP . Sakit hati dengan sorang akak dekat tempat aku ambik test semalam , tanya pun marah . Nasib aku sabar , kalau tak free-free je aku jawab balik  


2 comments: