Tuesday, April 23

Aku suka KPOP. Kau tak suka? Okay


 Asalnya KPOP tu ada lah muzik Korean Pop. Drama tu dikenali sebagai K-Drama. Tapi sekarang ramai yang menggelar apa je yg berkaitan dengan Korea,adalah KPOP. What the. Lu tak faham ke maksud pop tu.
 Tak dinafikan fenomena KPOP nie semakin meluas. Pergi je mana-mana,orang akan kenal apa itu KPOP. Tak kira lah sama ada orang tu peminat mahu pun haters. Peminat KPOP sangat lah ramai,begitu juga dengan pembencinya. Ramai sangat yang mengekspresikan kebencian yang meluap-luap terhadap KPOP nie,tak kira lah sama ada di media social atau pun real life.
 Terpulang lah nak benci ke apa,sebab setiap individu tu ada minat nya masing-masing. Orang lain tak ada hak nak membataskan minat individu tu.  Tapi bagi haters tu,just leave a KPOP fans alone. Do not disturb us since we are not disturb you. Can't you just give us a little respect and don't bother us the way we never bother you?
 Fyi,dulu aku nie seorang haters KPOP. Benci sangat dengan KPOP. Orang dok cerita pasal KPOP,aku buat tak tahu je. Tak ambik tahu. You know what happen to me now,aku sangat lah gila KPOP. Kekadang aku menyesal,sebab pi kutuk KPOP fans dulu. Sekarang orang pulak kutuk aku. Hahaha.
 "Kau nie apa barang minat KPOP,bukannya kau faham pun dia cakap apa. Baik kau minat mat salih & minah salih tu" – nie ayat aku dulu semasa jadi haters KPOP.
 Yeah,memang aku tak faham apa dorang nyanyi tu. Tapi apa guna ada pakcik google translate. Pi translate lah. Disamping belajar bahasa Korea,boleh jugak belajar bahasa Inggeris kan. Yelah,bersepah dekat internet tu,lagu Korea yang ditranslatekan ke bahasa Inggeris. See,boleh belajar 2 bahasa dalam 1 masa.
 Lagi satu lagu-lagu KPOP ada restrictions jugak macam dkt Malaysia. Which is,kalau lagu tu ada unsur-unsur tak elok,kementerian akan banned. Tak kira lah kalau artis tu famous seantero dunia kenal sekali pun,selagi buat salah,selagi tu dihukum. Baru-baru nie lagu That XX nyanyian G-Dragon,lagu tu sepatutnya dah release lama dah. Tapi ditahan sebab ada certain liriknya tak sesuai. Sebab macam ganas sangat dan terpaksa lah certain lirik tu di censored kan. Lagi satu,lagu terbaru PSY-Gentleman. Sesetengah stesen radio Korea banned lagu tersebut sebab video nya tak sesuai. Ada part PSY sepak kon tepi jalan tu,ianya dianggap vandalisme. See,dorang jaga adat basic dorang.
 Kalau Hollywood tu,jangan cerita lah,lagunya banyak pasal sex,dadah. Video klip pulak sangat lah tak sesuai walaupun kau berusia 18+. Macam lagu Bruno Mars – The Lazy Song tu,terang terang lah berkisar pasal sex. Ada perkataan sex lagi dekat liriknya. Tapi kalau Hollywood aku minat Maroon 5. Hehe.
 Bab pakaian bagi artis KPOP wanita nie memang seksi lah. Tapi kita tak boleh buat apa,sebab dorang bukan Islam. Tapi kalau dorang seksi sangat pun,dorang akan ditegur by their own people.
 Jangan kata aku minat KPOP,aku tak minat artis tempatan ye. Jangan kata aku lupa daratan. Haha. Aku minat je dkt Black,Meet Uncle Hussain,Siti Nurhaliza. Otai-otai rock dulu. Cuma bak kata orang,lagu artis tempatan sekarang tak mencengkam dikalbu berbanding lagu lama otai-otai rock dulu. Sebab tu aku more prefer otai-otai,dari artis sekarang. *peace

 Lagi satu yang aku suka pasal Korea nie,dorang ada something entertainment yang buat peminat dorang rasa dekat je dengan artis favourite dorang. They have a great variety shows. Yeah,variety show dorang sangat best. Korang mesti tahu kan apa itu Running Man? Yang sekarang nie menjadi bualan ramai orang. Other variety shows,Family Outing,Strong Heart & Star King. Bagi artis KPOP diorang mesti pandai buat lawak. Dekat dalam music video, diorang memang nampak jambu, bajet comel segala tapi bila masuk je variety show, diorang akan tunjukkan diri dorang sebenar dan takkan rasa ragu-ragu untuk malukan diri sendiri. Dalam variety show,dorang,selamber je duduk bersila dekat lantai,terbaring dekat lantai,ketawa terbahak-bahak sebab artis KPOP sedang  tunjukkan yang dorang sebenarnya manusia biasa je, macam orang lain jugak.

"Ala,artis KPOP nie plastic semua,surgery je lebih. Asalnya bukan lawa. Suara pun ke laut."
Weyh makcik & pakcik,tak semua okay artis KPOP yang plastic. Tak dinafikan dekat Korea memang famous sangat dengan plastic surgery terutama kalau surgery mata,hidung dan dagu. Ramai je yang neutral beauty,neutral handsome. (kau pi lah google sendiri muka artis KPOP yang tak surgery. Berlambak okay). Dan ada syarikat rakaman dekat Korea tu HARAMKAN artis baru syarikat dia buat surgery. So kau nak cakap apa? Ha,bab suara tu jangan nak tipu eh, Tak semua suara ke laut. Big Bang suara semua sedap,Beast,2AM,Ailee,2NE1,Yong Hwa & DBSK.Ramai lagi lah. Kau pi dengar sendiri lah dorang nyanyi live dekat Youtube tu.
 Tapi aku tak nafikan yang tak semua benda dalam KPOP ni baik. Bagi aku,dari segi pemakaian dan tarian  artis wanita dorang. Patutnya penganjur kena tetapkan etika pemakaian bagi artis wanita tak kiralah KPOP ke HPOP ke (Hollywood),dorang kena hormat budaya kita sebab dorang datang negara kita. Kalau tarian tu,tak perlu lah semangat tunjuk punggung dekat fans. So aku rasa,organizer patut main peranan pasal benda nie.
 Lagi satu,remaja sekarang banyak yang ikut trend fashion KPOP nie. Tak kira lelaki ataupun perempuan. Yang lelaki tu,ada jugak yang pakai subang. Kalau kau bukan Islam,tak kisah lah,nie Islam,tahu tak kau tak boleh walikan anak kau kalau telinga tu dah bertindik. Yang perempuan Islam pulak,dok pakai skirt,colour rambut. Kau ingat lawa rambut ber-colour,tunjuk peha yang tak berapa gebu tu? Jangan dok ikut sangat artis Kpop tu,dorang tu bukan Islam. So,pandai-pandai lah jaga batas ye. Bak kata Ustaz Azhar Idrus,”tak salah nak minat KPOP ke apa,asalkan jangan sampai jadikan dorang tu sebagai idola. Jangan sampai orang yang kita doa-doa selalu.”   
 Jangan pernah kata peminat KPOP nie jahil agama. Kau siapa nak judge orang? 


Meh aku nak tepek komen orang pasal KPOP nie dari Youtube :
Aku ni minat KPOP.tapi minat2 KPOP aku ni pon macam Ustaz cakap,jangan terlalu taksub,dan aku tak pernah taksub,sampai tak sembahyang tu sume,mungkin sesetengah rakyat Malaysia terlalu taksub KPOP sampai tak ingat dunia,tapi yang asyik taksub sangat bash2 KPOP tu pon kena ingat,kita hidup sementara,kalau katakan sejuta orang tengok kita bash KPOP dan menyakiti hati mereka,kita dah dapat dosa besar yang hanya Allah sahaja tahu,bukan pahala.Take note.

Aku gila KPOP pun,tak ada lagi aku tepek poster artis KPOP nie dalam bilik ke hape eh. Memang    banyak poster artis KPOP yang aku ada,tapi satu pun aku tak pernah tampal dekat dinding bilik aku. Tak nak aku,tak masuk malaikat dalam rumah/bilik aku nanti. 

30 comments:

  1. DRC salah seorang yang tidak menyukai KPOP... tp DRC baca entry ni sampai habis... Besttt pulak rasa... hahaha

    ReplyDelete
  2. Ahha, sekarang tv pon dah tak tengok, runningman apetah lg.. tp best la strong heart, mmg variety show diorang yg trbaik laa :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. kan,variety show dorang sangat lah best. rugi siapa tak tengok :p

      Delete
  3. Ahaaa sama la kita. Tapi ain tak la taksub sanagt. sekadar tgok sesuka tu boleh laa ^^ Setakat 2 3 nama pelakon korea tru ain ingt la.Hehehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. haha. wany pun tak ada lah kenal semua artis korea tu. yg mana wany minat je wany kenal. hehe.

      Delete
  4. akak takde la fanatik.. biasa2 je.. hehe.. :D

    ReplyDelete
    Replies
    1. saya nie dah fanatik kot. haha. tp tak semua lah artis korea tu saya kenal. certain je :p

      Delete
  5. Scha pun suka jugak k-pop nie. .
    tapi ta taksub sangat la . .
    macan AinnAthirah cakap tu . . :)

    ReplyDelete
  6. RYna suka k-pop , cuma tak selalu layan .. hehehe Tapi artis-artis kpop ni buat ryna melting hahahaha =)

    ReplyDelete
    Replies
    1. tak dinafikan dorang cantik-cantik dan hensem :p

      Delete
  7. Ryna suka jugak k-pop ni , cume jarang layan sgt .. hehehe tapi artis2 dorang ni buat ryna melting ..hahaha :)

    ReplyDelete
  8. eh saya minat kpop haha! dulu ada jugak kawan yang tak minat kpop. dia kata lagu kpop tu sebutannya macam roti canai. haha.. tapi, sekarang, dia dah jadi peminat tegar!!

    saya paling suka yang entertainment tu.. kita, si penonton pun boleh tergolek jatuh katil.. my sis sendiri jadi macam ni masa tengok running man. hahaha ;)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Mcm saya dulu lah. selalu dok kutuk apa lah best sgt kpop tu. Tapi sekarang,saya yang fanatik. hehe.

      Kan,variety show dorang sangat best. Running Man memang sgt best. Selalu kena marah dgn parents sbb gelak terbahak-bahak tengok Running Man.

      Delete
  9. hai , awak di tag nama #norsyazwani jom sertai g.a besar-besaran by o.s.m http://www.officialsyafiqmuhammad.blogspot.com/2013/05/tagging.html . hadiah berbaloi-baloi cepat review hadiah jugak .jom sertai .


    ReplyDelete
  10. wahh saya ingatkan saya sorang je yang dah berubah dari hater kpop ke lover kpop rupanya ada jugak yang sama dgn saya. hahahaha fighting :D

    ReplyDelete
  11. Hai. saya ingatkan saya sorang je yang dh berubah dari hater kpop ke lover kpop rupanya ada jugak yang macm saya. hahahaha fighting :D

    ReplyDelete
  12. kpop is the best . Kdg2 smpai xpndg dh laky melayu . Nmpk x demand sngt 2 ! Hahaha. Melting sngt dgn diowg pnyr face . Hehehehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. kan. eh,payah tu tak pandang lelaki melayu dah. hehe.

      Delete
  13. Hehe~ Akak pun layan je KPop ni. Zaman2 study dulu dok minat kat SuJu, pastu tengok game show Love Letter. Lawak taw! Hee. Masa tu runningman tak wujud lagi. ^^

    ReplyDelete
  14. wah,sy nmpak KAI!! kdg2 sy rasa takut jugk kalo ade org ckp suke kpop ni haram la ape la~ tp lepas bce ni,,ok..cume jgn sampai taksub sudeh^_^

    ReplyDelete
  15. wah! sy nmpk KAI!! wany mesti suka exo eh? == dulu sy takut jugak kalo minat kpop sampai ade org kate haram la~ huishh.. lps bce ni,rase..ok..maknenye jgn sampai taksub la... sy pon just minat lagi2 kat btob n exo^_^..

    ReplyDelete
  16. wah,sy nmpak KAI!! kdg2 sy rasa takut jugk kalo ade org ckp suke kpop ni haram la ape la~ tp lepas bce ni,,ok..cume jgn sampai taksub sudeh^_^

    ReplyDelete
  17. Same like me...sy pun bnyk poster kpop...but cukup la sbagai smpanan je...
    kalau lekat malaikat x masuk...

    ReplyDelete
  18. Same like me...sy pun bnyk poster kpop...but cukup la sbagai smpanan je...
    kalau lekat malaikat x masuk...

    ReplyDelete
  19. adoiuyai. dulu minat taksub kpop cm jamban je . wahaha skung dh xminat dah -.- mcm budak xmatng je dlu2 . wahaha . rse nyesal sbb suke . fon memory dh penuh sbb kpop . err semak . lol . maaf anak lipan nk lalu .

    ReplyDelete