Tuesday, June 12

Adore Them , BIG BANG

Bismillahirahmanirrahim. Assalamualaikum warahmatullah hiwabarokatuh. Bagi menyempurnakan titah perintah Seri Paduka Norsyazwani,setelah diperkenankan oleh baginda,dengan ini saya isytiharkan bahawa saya nak buat entry baru bagi blog ini. Keh keh keh. *okay Wani,tak lawak pun*
Bukan main lagi ayat pengenalan aku,ala-ala Penyimpan Mohor Besar Raja-Raja Malaysia masa nak umum raya gitu. Haha. 


Cuba tengok blog aku,dah bersawang kan. Nampak tak,nampak tak? Kalau tak nampak tu maknanya pendek umur lah tu. Hehe. Gurau je,jangan marah haa. Nanti kena jual. *okay Wani,stop merepek*


Berbalik pada tujuan utama aku buat entry nie ialah nak cerita pasal minat aku dekat satu kumpulan nie,Korea mari woo. First time minat dan minat gila-gila lah. Eh,lu tak minat Korea? Ada wa kisah. Nie minat wa,so jangan nak larang. Sorry,agak kasar disitu. Hehe
Kumpulan yang dimaksudkan tu ialah BIG BANG. Wooww,Fantastic Baby. Boom Shakalaka. Terserlah keOVERan aku disitu. Haha. 
Aku start minat Big Bang tahun nie. Dulu aku mana layan Korea weyh. Sebab tak faham apa lah dorang merepek menyanyi tu. Last-last wa pun jatuh hati sama itu olang Kolea woo. Itu kumpulan Big Bang. 
Dorang nie bukan calang-calang group. Dorang bukan jenis joget-joget tu je. Dorang ROCK. Yeyeahh! *gaya Amy Search*.
Dorang ada Rapper. G-Dragon dengan TOP. Dorang ada sexy dancer,Taeyang. Dorang ada main dancer,yang perancang tarian tu semua,Seungri. Then dorang ada Daesung. Suara dia unik. Aku rasa paling best suara dia antara semua ahli kumpulan Big Bang tu. Walaupun suara Daesung paling best,aku tetap suka suara TOP. Garau woo. Suara macho gitu. Suka gila dengar suara dia time dia rap. Suara GD pun suka. Tapi suara Taeyang dan tarian dia buat aku cair. Almaklumlah,dia nie sexy dancer. Aduh,bahaya nie. Haha.


Nak tahu tak macam mana aku boleh kenal dan minat Big Bang nie?
Nie gara-gara cerita Running Man. Cerita yang jadi kegilaan ramai. Running Man best woo. Sekali lu dah layan cerita nie,memang lu akan ketagih wa cakap lu. Lawak gila bhai cerita nie. Best gila. Okay,dah melalut pulak dah ke Running Man. Hee.
Dulu selalu lah aku dengar kawan-kawan aku cerita pasal Big Bang. Bluetooth lagu Big Bang,tapi aku buat bodoh je. Almaklumlah,time tu tak minat Korea lagi. Hee
Masa tengok Running Man tu,ada Big Bang. Tiba-tibe berkenan pulak dengan lelaki rambut panjang sebelah,si G-Dragon. So aku bbm Syamira,tanya siapa dia. Syamira cakap lah tu GD. Lepas tu aku tanya lah sorang-sorang nama ahli kumpulan Big Bang tu dekat Syamira. Bukak youtube,layan semua video dorang.
Paling best video parody dorang,memang lawak gila. Dah lah aku layan video dorang malam-malam,so bila nak gelak tu kena cover. Bantal lah jadi mangsa aku. Terpaksa tutup mulut guna bantal untuk gelak. Karang aku gelak je tak cover,habis semua seram dengar aku gelak ala cik ponti gitu. Haha


Meh aku kongsi sikit gambar dan biodata dorang :)

G-DRAGON
Nama : Kwon Jiyong ( GD )
Tarik Lahir : 18 August 1988 (24 tahun)
Asal : Seoul,Korea Selatan
Posisi : Ketua,Rapper Utama


T.O.P
Nama : Choi Seung Hyun  ( T.O.P )
Tarikh Lahir : 4 November 1987 (25 tahun)
Asal : Seoul,Korea Selatan
Posisi : Rapper , Beat Boxer Real


TAEYANG
Nama : Dong Young Bae  ( SOL )
Tarikh Lahir : 18 May 1988 (24 tahun)
Asal : Pocheon , Korea Selatan
Posisi : Vokalis


DAESUNG
Nama : Kang Daesung  ( D-Lite )
Tarikh Lahir : 26 April 1989 (23 tahun)
Asal :  Itaewon ,Korea Selatan
Posisi : Vokalis 


SEUNGRI
Nama : Lee Seung Hyun  ( V.I )
Tarikh Lahir : 12 December 1990 (22 tahun)
Asal : Gwangju , Korea Selatan
Posisi : Vokalis
  



p/s : Entry kali nie agak ke arah k-pop. Aku tahu ramai yang suka k-pop,dan ramai yang tak suka. Sampai tahap benci pun ada lah. Di sini,aku cuma berkongsi minat,tak salah kan. Sorry lah ayat di entry aku ada agak kasar sikit. Aku tak tahu asal tetiba jadi brutal pulak masa taip entry nie. Haha

2 comments:

  1. actually aq ni pon pminat fanatik bigbang....serious taeyang mmg hndsome n sexy gila!!!!!

    ReplyDelete