Saturday, June 4

Cerekerama Aku Ingin Ke Syurga

Aku rasa tak lambat lagi kot aku nak post cerita nie . Nie semalam punya cerita .
Semalam , pukul 1.38 pm sedang kaum adam menunaikan ibadat solat jumaat *cehh ayat :D . Aku dpt mesej dari syamira .

Syamira : Beb , tengok tv3 , pkwe kau ada . Hee . Ensem dia pakai baju sekolah
Wani : Ala , malas la . Dia ada kat apa ? *entah apa apa do ayat aku :D
Syamira : Tv3 la
Wani : Yela , tapi untuk apa dia keluar tv tu ?
Syamira : Cerita aku ingin ke syurga
Wani : Ada lagi ke ? Jap jap , pakwe aku tu siapa ? Botak ke ? *perasan gler . haha
Syamira : Baru start cerita nie . Bukan botak la tapi Nazim Othman . Hehe
Wani : Ouh . Ala , hati aku dah tawar lah kat nazim othman . Aku giler botak da sekarang *patutnya tawar hati . Haha . Ayat BM yg hancuss . :D
Syamira : Isshh kau nie , kesian Nazim . Hee . Kau dah minat Botak so maknanya kau dah tak minat Tumulak lah kan
Wani : Biar lah dia . Dia curang dgn aku . Haha . Tumulak , aku still minat lagi , tapi lebih kepada Botak . Hee *poyo do ayat  
Syamira : Siapa curang dengan siapa nie ?
Wani : Haha , dua dua . Jangan lah . Aku nak dua dua , Tumulak dengan Botak . Hee
Syamira : Nazim curang dengan siapa ? Kak nadia wahid ke . Hee . Tak pe ar , aku ambik SY dgn JAA je lah
Wani : Yup ,Kak Nadia Wahid . :D  JAA ? siapa tu ?
Syamira : Ouh , jeles punya kes la nie . Hehe . JAA ? Tak ada siapa lah , aku saje je . Hee *kebluran . Lambat loading . kata syamira
Wani : Tahu tak pe . Ha , aku tahu . Kau jangan , JAA aku punya . Kau ambik SY je .
Syamira : Hah , dapat pon . Hee . Aku nak SY pelakon taw , bukan budak sekolah or pengacara .
JAA : Johan Ariff Asari 
SY : Shukri Yahaya


Sinopsis Aku Ingin Ke Syurga
Aku Ingin Ke Syurga untuk slot Cerekarama di TV3 mengisahkan mengenai Hanafi, remaja yang tersasar jauh dari kehidupan biasa. Dia juga anak yang mementingkan diri sendiri kerana terpengaruh dengan rakan sebaya sehingga bersikap biadap terhadap ibunya, Rabiah.

Hanafi tidak dapat menerima hakikat kehidupan mereka yang agak susah dan seadanya. Seboleh-bolehnya dia mahu ibunya menyediakan apa saja kehendak dan keperluannya tanpa mengira bagaimana cara sekalipun untuk mendapatkannya.

Suatu hari dia melarikan diri dari kampung kerana menyangka dia membunuh ibunya secara tidak sengaja ketika bergelut memaksa ibunya mengikut dia ke bandar untuk mengeluarkan simpanan ibunya bagi membeli motosikal baru.

Hanafi asalnya seorang anak yang baik. Cuma dia berubah setelah berlaku tragedi buruk dalam keluarga. Beberapa tahun sebelum itu, rumah mereka terbakar. Hanafi berjaya menyelamatkan adik-beradik dan ibu kecuali ayahnya. Ayahnya meninggal dunia ketika cuba menyelamatkan ibunya.

Hanafi tidak berapa rapat dengan ayahnya kerana ayahnya seorang yang panas baran dan suka memukul apabila marah. Kadang-kadang dia lebih suka ayahnya mati daripada berdepan dengan kebengisan ayahnya setiap hari.

Namun kematian ayahnya mewujudkan dilema baru dalam hidupnya.

Benci dan marah serta rasa bersalah berbaur menjadi satu. Mulai hari itu, dia mula berubah, bercampur dengan budak-budak liar sebagai pelarian daripada perasaan yang bercelaru itu.

Hanafi meneruskan kehidupannya di bandar dengan pelbagai kegiatan haram. Kehidupannya bergelumang dosa. Bermula sebagai kaki ragut kemudian terbabit dengan kegiatan samseng yang kemudiannya terseret dengan sindiket pelacuran.

Selama 15 tahun dia bergelumang dengan kejahatan dan kemaksiatan. Selama itu jugalah ibunya tidak pernah putus berdoa agar dia selamat dan akan kembali ke pangkal jalan.
Kehidupan Hanafi berubah apabila dia mula batuk serta sakit-sakit dan tubuhnya mulai ditumbuhi kudis. Suatu hari, pertama kali dalam hidupnya, suara azan yang selama ini tidak dipedulikan bergema dari masjid berhampiran kediamannya, menggamit keinsafannya sehingga mengalirkan air mata. Apakah kesudahan nasib Hanafi? Apakah dia akan diterima baik oleh ibu dan adik- adiknya?

5 comments:

  1. beb, mane ko dapat sinopsis cite ni?? bukan ko x tengok ke cite ni semalam. .hee

    ReplyDelete
  2. bila masa lak NAZIM tu dgn akak..brtuah kalau betul..hahaha..kelakar la korang ni..kim slm kt kawan tu ek.. =)

    ReplyDelete
  3. kak nadia : jangan jangan . jeles la . hee . ok akak .

    ReplyDelete
  4. kak nadia: salam. . =>
    wani: eh! ko xpyh nk jles2 la, biar la kak nadia gan nazim othman (nme pon hmpr sme, hee). ko jge botak je. .hehe

    ReplyDelete
  5. syamira : jeles la , tp sikit je . skrg nk setia dgn botak . hahakktuii . *geli do :D

    ReplyDelete