Sunday, October 9

Izreen Azminda Makan Hati Kerana Johan Asaari

Izreen Azminda, pelakon wanita yang mula mencipta nama melalui drama Juvana, mengakui dia terkilan dengan Johan Asaari yang mula renggang dengannya sejak pelakon itu mula berlakon dengan Fasha Sandha untuk drama Cinta Elysa. Dia terasa kerana Johan bersikap dingin dan tidak endahkan dirinya sejak mula berlakon dalam drama itu. Apatah lagi bila keluar gambar-gambar dan kata-kata macam orang bercinta di Internet dalam artikel yang dikeluarkan oleh Utusan Malaysia.

Izreen berkata hubungan mereka tidaklah seserius ke tahap melangsungkan perkahwinan, tetapi katanya sejak berlakon dalam Juvana hubungan mereka sangat rapat.
Memang saya terasa dan terkilan dengan dia. Sebab dia bersikap dingin dan tidak endahkan saya sejak mula berlakon dalam drama itu. Tiba-tiba keluar pula gambar-gambar dan kata-kata macam orang bercinta di Internet. Mestilah saya terasa.
Kalau kawan kenapa nak terasa sangat? Atau memang suka dengan Johan?
Saya mengaku yang saya suka pada Johan. Dulu masa mula-mula bertemu, sumpah! Saya memang langsung tak suka dia. Tapi dia pandai berbual dan ambil hati sampai saya mula selesa dan suka pada dia. Saya percaya sesiapa pun akan tertarik dengan dia. Mungkin karakter dia memang begitu. 
Jadi apa masalahnya?
Kalau tak bercinta sekali pun, sebagai seorang sahabat yang rapat dengan dia, kenapa secara tiba-tiba dia berubah dan tak endahkan saya selepas terlibat dalam drama itu? Dulu hampir setiap hari dia akan menghubungi dan hantar khidmat pesanan ringkas (SMS) pada saya. Dulu cakap dengan saya lain, sekarang lain pula. 
Apa yang pernah dia cakap pada Izreen?
Saya tak mahu dedahkan. Biarlah itu antara saya dan dia sahaja yang tahu kebenarannya. 
Apa reaksi Izreen bila tengok gambar dan kata-kata ala cinta antara Johan dan Fasha di Twitter?
Pada mulanya saya tak tahu pun. Kawan-kawan yang beritahu dan tunjuk. Bayangkan perasaan saya bila tengok tu semua. Memanglah kalau boleh saya tak mahu fikir sangat. Tapi kawan-kawan sekeliling bertanya macam-macam hal dan semuanya ditala pada saya. Mestilah saya tertekan. Nak jawab apa pun tak tahu. Iyalah sebab orang tahu kami sangat rapat.
Apakah Izreen anggap Johan mengkhianati hubungan kalian?
Kalau cakap pasal perasan, sebenarnya bercampur-baur. Rasa kecewa, rasa dipermainkan, rasa bodoh semua ada! Tak adalah, saya ni pun berlakon juga, tapi ada ke saya nak bergambar macam tu dan bagi ucapan-ucapan manja dalam Tweeter dengan pelakon lelaki lain? 
Mungkin Johan tak biasa lagi dengan realiti drama dalam industri hiburan, mudah dipermain-mainkan. Apa komen Izreen?
Dia orang baru. Mungkin dia teruja dapat berlakon dengan seorang pelakon cantik. Saya masih ingat lagi, dulu masa mula-mula dia berlakon, nak bergambar dengan perempuan pun dia segan-segan. Ada sekali siap berdoa sebab terlalu gementar. Tapi betullah orang cakap. Manusia boleh berubah. Dia mungkin akan kata yang ia sekadar lakonan. 
Apa nasihat pada Johan?
Saya harap dia tak berubah hanya kerana sudah semakin popular sekarang. Orang kata macam kejutan budayalah. Saya juga harap dia lebih berhati-hati dan pandai membawa diri. Lagi satu, saya sebenarnya tak berdendam dengan dia. Memang saya terkilan tapi itu bukan alasan untuk saya tidak bersikap profesional seandainya kami digandingkan lagi dalam projek drama seterusnya. 
Sumber : Beautiful Nara
p/s : Aku tengok artis sekarang nie , kalau komen pasal sesuatu isu , menampakkan kebodohan diri sendiri . Tak berfikir sebelum berkata-kata . Fikir-fikirkan lah :)

4 comments:

  1. biasa la tu ...biasa.....
    gossip pengerak dunia hiburan

    ReplyDelete
  2. saya pun suka johan lalala :)

    ReplyDelete
  3. dr hakim : betul betul :)

    lily damia : tau tak pe . hee

    sis92 : ayokk ! kena berebut johan ngn izreen . tgk sape menang . hee

    ReplyDelete