Saturday, April 6

Impian aku. Insyaallah tercapai.


  Assalamualaikum semua. Lama betul aku tak menconteng arang di blog kesayangan aku nie kan. Mesti korang semua rindu aku kan. Kan kan. Baik ngaku cepat. Siapa cepat aku bagi gula-gula 1 balang. Hahaha. Aku sekarang sangat sangat sangat busy. Sekarang aku tengah final exam untuk semester 2 aku di Kolej Poly-Tech Mara,Bangi as an UiTM student.

  Okay,hari nie aku nak ceritakan impian yang aku nak sangat capai sebelum aku kahwin. Satu nie je. Lain tak nak. Yang lain nanti aku mintak dekat husband aku. Wakakaka.

  Nak tahu tak apa impian aku ? Aku nak pergi KOREA SELATAN !!! Bercuti. Insyaallah,tahun 2016 lepas aku habis diploma dengan kawan sekolah aku. Tapi 2014 pun aku dengan classmate kolej aku plan nak pergi jugak. Hehe. Insyaallah kalau tak ada aral melintang.

  Banyak sebab aku nak pergi sana,antaranya :
·        Tempat yang menarik (Nami Island,Jeju Island,Lotte World & banyak lagi)
·        Running Man
·        K-Pop band (Big Bang,Beast,2NE1)
·        Negara 4 musim (Dapat pergi time winter & spring mesti best giler :p)

  Banyak lagi sebabnya. Tapi 4 nie jelah kot sebab utamanya.Haha. 

  Dah sampai Korea,ada lagi impian lain taw. Antaranya :
·        Nak jumpa ahli Running Man in real life. Boring dah tengok dekat tv je. Haha
·        Berangan nak tengok konsert 4 favourite group aku secara live dkt sana.
·        Nak masuk shooting dalam Running Man. Hahaha
·        Nak jumpa pakwe dekat sana (okay,yang nie mengarut je lebih,ampun ya buk)

  Meh sini aku nak tepek sikit gambar best-best pasal Korea Selatan.


Ada sesiapa bermurah hati nak belanja aku pergi Korea,sila turun tangan. Wah,ramainya nak belanja aku. Hahaha


Friday, December 28

Kasi entri kpop sikit. Nah,baca.

Assalamualaikum semua. Dah lama agaknya aku tinggalkan blog nie. Sekarang aku muncul kembali. Here me come :p
Sebenarnya banyak benda aku nak story. Tapi disaat aku menaip entri nie,aku tersangat lah mengantuk. So idea yang telah tersedia ada telah hilang begitu sahaja dibawa oleh angin malam. Ceh. Hahaha.
Sementara nak tunggu idea yang konon best giler tu,meh aku tempek sikit gambar group kpop yang aku minat. Kepada yang anti kpop tu,sorry sebab buat entri nie. Kahkahkah.

BIG BANG
Dari kiri Daesung,Taeyang,G-Dragon,T.O.P,Seungri
Big Bang, the only kpop male group that I'm adore. Mereka nie sangat lah berbakat. Mereka nie bukan macam segelintir group yang hanya popular sebab rupa tapi vokal ke laut. Tapi Big Bang membuktikan dorang bukan bersandarkan atas rupa tapi bakat. Kelima-limanya boleh menyanyi. Yes,suara dorang serius best. Dalam setiap lagu,setiap dorang nie akan menyanyi solo. Leader Big Bang iaitu G-Dragon sangat berbakat. Boleh tulis lirik,menari. He is so talented. And yes,they are very talented.

2NE1
Dari kiri Sandara Park,CL,Minzy & Park Bom
Okay,group nie pun bukan calang-calang group. Ada rapper woi. Memang susah nak jumpa rapper wanita sehebat CL nie :p . Dan dorang nie tak buat pun pembedahan plastik kecuali Park Bom. Ketiga-tiga tu original face okay. Dorang nie boleh menyanyi live,solo & suara sedap. Bukan macam sesetengah group lain yang bila live,hancur. 

Aku sarankan korang try layan lagu dorang nie. Sumpah korang akan cair. Terutama fangirl tu,cer try dengar lagu Big Bang. Mesti lu cair dengar suara T.O.P. Sebab aku pun cair. Mana tak nya,suara gentle kot,lepas tu dia rapping pulak. Then suka buat mata menggoda dia tu. Pergh gua cair. Hahaha

Okay,aku rasa aku lebih selesa guna panggilan "aku" daripada panggilan Wani tu. Haha. Harap maklum