Sunday, January 8

Negeri Sembilan juara Piala Sumbangsih

Greeting Text
Semalam , 7 Januari berlangsungnya perlawanan bagi merebut Piala Sumbangsih 2012 . Perlawanan nie melibatkan Juara Piala Malaysia 2011 , Negeri Sembilan dan Juara Liga Super 2011 , Kelantan . Negeri Sembilan berjaya membawa pulang piala tersebut buat kali pertama selepas 2 kali menjadi naib juara sahaja . 
Alamak , asal post aku kali nie guna ayat baku bagai . Dah macam karang berita dah . Muahaha 
Ha , nak dipendekkan cerita , semalam Skuad Jang berjaya mengalahkan Skuad The Red Warriors . Pertama kali menang Piala Sumbangsih . Perlawanan nie jugak , pembuka tirai Liga Malaysia 2012 dengan adanya pemain import . 
Agak-agak Skuad Jang nie buat perarakan bawak piala tu tak kat daerah-daerah Negeri Sembilan ? Boleh ajak parents aku balik kampung . Nak jumpa Syafik Rahman :p Tapi aku tahu , memang tak ada punya lah . Berapa hari je dorang boleh bergembira , lepas tu dah start game untuk musim nie . 
Tadi dok google gambar , jumpa pulak gambar nie . 
Akmal Rizal pernah main untuk Kelantan rupanya , baru tahu . Hee . Gambar kat atas nie , yang berjersi Negeri Sembilan tu la , Syafik Rahman .                               Dekat gambar yang pertama tu , 3 dari kanan tu la Syafik . Hensem kan .               Eh wani , kau jangan obses sangat dengan Syafik , laki orang tu . Haha
Tahniah Negeri Sembilan , juara Piala Sumbangsih buat kali pertama .    Hobin Jang Hobin

Friday, January 6

Comel-comel je mereka nie masa kecik .

Greeting Text
Hari nie aku nak story pasal pemain bola sepak kita , pakwe pakwe hensem nie  :p Hari tu aku jumpa gambar 3 pemain bola sepak Malaysia masa dorang  kecik comey  je dekat facebook . Memang comel comel lah , dah nama pun budak kan , tak kan hensem pulak . Tak baligh lagi , tak cukup umur nak digelar hensem . Okay , merepek . 

Jersi nombor  4 pakwe I taw  , Mohd Muslim Ahmad .
Jersi nombor 5 , Ismail Faruqi
Jersi nombor 10 , tak dapat dikesan . Tapi yang pasti dia bukan pemain Malaysia . Safee Sali kot :p Tak sama langsung muka dengan Safee Sali , main bantai je aku nie
Jersi nombor 9 , Norshahrul Idlan Talaha . Sampai sekarang kekal dengan nombor 9 .
Mereka nie semua orang Terengganu , sama sekolah kot tu agaknya bergambar dengan jersi yang sama . Muka sepeseng jaa . Set-set Ganu boh . Hancuss loghat Ganu aku .