Thursday, March 29

Follower dah mencecah 600. Terima kasih :)

Entri kali nie,ringkas je. 
Just nak ucap terima kasih kepada follower blog aku yang tak seberapa nie. 
Thanks Umi Sahirah sebab awak perasmi nombor follower saya yang ke 600. *perasmi pun boleh lah* :D
Bukan dekat Umi je aku nak ucap thanks, tapi dekat semua follower aku. Terima kasih sudi follow blog yang tak semegah mana nie :)
Jasa anda amat dihargai ,

Sunday, March 25

Lovestory313 1st Giveaway

Assalamualaikum .
Klik banner untuk join :)
Mangsa tag :

Result SPM yang ala kadar.

Assalamualaikum


Macam semua orang tahu,result SPM 2011 dah keluar. Result aku?? Boleh lah,cukup-cukup makan. Aku dapat 5 kredit. 4 lagi,jangan tanya ye. Memang aku tak kan jawab. Haha. Family dan kawan-kawan aku je tahu :)
Masa hari ambil result tu,sebelum pergi sekolah,aku saja lah gatalkan tangan nak check result melalui sms. Tepat pukul 10 pagi aku dah mesej. Haha. Semangat punya pasal kan,semangat lah sangat,kalau result cemerlang tak apa lah jugak nie result aduh,cukup makan je. Tapi bagi aku tak cukup makan,sebab aku kuat makan. Okay,lawak hambar XD
Lepas dapat mesej pasal result tu,Ya Allah. Aku menangis,bukan menangis kegembiraan,tapi menangis kecewa. Kenapa lah result aku teruk sangat nie. Sampaikan pagi tu mak aku nak buat kerja,aku tak bagi. Suruh duduk depan aku. Tapi nak buat macam mana,dah itu je rezeki yang Allah bagi kat aku,Alhamdulillah aku terima. Dengan usaha aku yang tak seberapa,cukup lah aku dapat result macam tu.
Masa kat rumah,sebelum gerak pergi sekolah nak ambik result aku mengharapkan result yang aku tahu melalui sms tu salah. Tapi lagi sekali aku kecewa,sms tu betul. Fuhh. 
Okay,dah stop cerita pasal result. Nanti aku menangis,siapa nak pujuk? Nak suruh mak aku pujuk,mak aku tidur dah waktu-waktu macam nie *12.30am*. Nak suruh pakwe,aku tak ada pakwe. Acane? Korang bukan nak pujuk aku. 

Okay,nie je lah yang dapat aku karutkan. Jumpa di entri seterusnya,InsyaAllah :)                                                                                            Assalamualaikum semua.

Saturday, March 10

Wan Zack Haikal follow aku kat twitter? Biar betul.

AMARAN KERAS : Sila sediakan baldi secukupnya sebelum membaca entri di bawah. Jika anda berdegil,saya tidak akan bertanggungjawab diatas kekotoran pc/laptop anda .
Setelah lama aku tak update blog,hari nie tiba lah masanya aku nak update blog yang tak seberapa nie. Ecehh,ayat.
Tajuk entry aku kali nie terserlah keriakan diri ini. *muntah hijau*
Okay,berbalik pada tajuk aku tu,meh aku nak tunjuk bukti yang Wan Zack Haikal follow aku kt twitter.
Nampak line merah-merah tu,kemain lagi. Amboi. Maaf la kat orang yg aku sensor kan tu. Aku nak promote Wan Zack Haikal je *bluerkk*
Bangga taw weyh Wan Zack Haikal follow aku,dah lah aku minat dia. Hee. Nie mungkin sebab aku komen twitpic dia dengan anak buah dia. Anak buah dia comel,lelaki. Dah besar mesti ikut jejak pak cik dia tu . LOL.
p/s : See,mesti korang muntah hijau kan baca entry aku nie. Kan aku dah pesan awal-awal tu sediakan baldi. Salah korang lah,siapa suruh degil. Haha.