Sunday, January 29

Festival Busana Muslim (Festival Fesyen Islam Monaco)

Antara gambar di Festival Busana Muslim. Muslim ke ????????!!!

Penaung Festival Busana Muslim : Datin Seri Rosmah Mansor
Korang tengok dan tafsirlah sendiri . Tak terkata aku tengok gambar nie . Menangis weyh . Ya Allah , sanggupnya mereka .

First Giveaway By Butik fiQ'Ra

Klik banner untuk join :)

Tag 

Friday, January 27

Hukum Lihat Pemain Bola Berseluar Pendek - Ustaz Azhar Idrus

Assalamualaikum .
Entry aku kali nie , nak kongsi video dari Ustaz Azhar Idrus . Memang best lah video nie . Khas untuk pemain bola sepak Islam yang berseluar pendek . Gila terasa woo . Haha . Nak tahu apa yang best , korang tengok lah sendiri . Kalau malas pon , tengok lah sekejap ye . 58 saat je , tak lama . Bukan apa , saja nak berkongsi ilmu :)
p/s : Entry agak pendek , maaf .

Thursday, January 26

GA : I WANT MAKEOVER BLOG by Nanale

Assalamualaikum

Sesiapa yang nak join , macam biasa klik banner comel di atas .
Mangsa tag : 

Wednesday, January 25

Akhirnya , dapat jugak . Alhamdulillah

Assalamualaikum :)
Dah baca tajuk di atas ? Dapat apa lah agaknya ye . 
Okay , sila baca . Di sini aku nak kongsi cerita pasal dua perkara . Bukan niat nak bangga , tapi nak berkongsi . Tak salah kan ? 
Pertama sekali , aku dapat handset baru . Blackberry Bold 9700 . First time aku beli handset guna duit sendiri , tapi tak lah 100% duit aku . 40% ayah aku support . Thanks abah . Tapi yang nie bukan lah handset idaman aku . Blackberry Torch . Aku survey harga BB Torch nie , still mahal lagi . Beriban lagi kot . So , cancel lah nak beli BB Torch . Aku tak sekaya orang kaya diluar sana , tapi aku senang dengan kehidupan sederhana . Itu lebih baik kan :)

Perkara kedua pulak , aku dah dapat lesen . Tapi lesen L je . Okay , gambar , no ic & alamat terpaksa ditutup . Gambar tu ditutup sebab gambar aku kelakau lerr . Kepala senget . Haha .
Alah wani , tu pon nak bangga , lesen L je pon . Opcos , seharusnya lah dibanggakan . Tak sia-sia aku pergi kelas setiap hari sabtu semata-mata untuk lesen . Tak lama lagi , dapat lah P . Syamira , Anis , Ainil & Adila , nanti aku bawak korang pi Bukit Jalil ye , tengok bola . Okay , berangan . Bulan 2 pon , belum tentu lagi aku dapat P . Haha
Okay , itu sahaja . Tak tahu nak merepek apa dah :p

Friday, January 20

Ramai betul yang suka menipu . Memang terbaekk lah weyhhh !

Greeting Text
Tajuk tu dah memang disengajakan .  Kalau yang terasa tu baguslah :p
Okay , berbalik pada tujuan asal . Banyak blog yang aku bukak , tak kira lah dekat post atau gambar-gambar cute dalam blog dorang , akan di link kan ke nuffnang  , says , churp churp dan sebagainya lah . Aku dah lah tak boleh tengok benda comel-comel nie . Sajalah gatalkan tangan , pi klik kat gambar comel tu , sekali keluar iklan daa . Paling lah aku tak suka kalau benda macam nie berlaku . Memang aku terus tekan benda yang berwarna merah kat atas tu .
Ada jugak kat yang buat kat entry . Tengah best aku dok baca entry dia , dia link kan konon cerita best lah , dan bila aku klik keluar lah iklannya . Serius , paling aku benci macam nie . Menipu satu hal , memaksa orang tekan pon ada .
Okay , aku tak dengki pon dengan korang yang banyak dapat earnings dengan cara yang tak sepatutnya nie  . Cuma aku nak cakap , aku pernah terbaca pasal hal nie , duit yang kita dapat nanti tu , tak akan berkat . Dalam kata ganas nya , DUIT HARAM (ha kau , sengaja di caps lockkan) .  Yelah , dengan cara menipu , memaksa . (serupa Ahlong).  Biarlah orang ikhlas klik iklan-iklan kita tu . So , duit yang kita akan dapat tu , InsyaAllah duit yang halal , rezeki yang diberkati Allah . Orang pon suka datang melawat blog kita . Tak perlulah dengan cara menipu dan sebagainya .

p/s : Aku tak lah cerdik sangat dalam hal-hal agama , aku cuma berkongsi sekadar yang aku tahu . 

Sunday, January 15

10 Saman Paling Mengarut . LOL

Greeting Text
Los Angeles – Saman yang dikemukakan oleh penculik ke atas mangsanya sehingga dia ditangkap oleh polis, menduduki carta teratas dalam 10 Saman Paling Mengarut pada tahun lalu yang dikeluarkan oleh ILR.
CARA HIDUP SIHAT? DIET? BERSENAM ?
Having body & muscle aches? No time for expensive spa massages?
Dalam kenyataan yang dikeluarkan ILR itu, saman `gila’ dan mengarut itu menjadi bahan ketawa banyak pihak.
Presiden ILR, Lisa Rickard dalam kenyataan itu berkata, ia juga menunjukkan bahawa undang-undang telah disalah gunakan oleh pihak tertentu yang bukan sahaja menyebabkan kehidupan mereka yang disaman terjejas, malah ia juga memberikan kesan kepada pekerjaan dan pembangunan ekonomi negara.
Keputusan tinjauan saman paling mengarut itu dibuat oleh orang ramai yang mengundi melalui laman web FacesOfLawsuitAbuse.org .
Dan ini adalah senarai 10 Saman Paling Mengarut tahun lalu yang dipilih oleh orang ramai.
• Pasangan penculik menyaman mangsa kerana gagal membantu mereka mengelak daripada ditangkap polis
• Seorang lelaki yang membawa senjata haram ke dalam bar dan cedera dalam pergaduhan telah menyaman pemilik bar berkenaan kerana gagal mencarikan senjatanya.
• Seorang remaja menyaman ibunya kerana gagal menghantar kad dan mainan yang disukainya.
• Seorang wanita yang tidak bersetuju dengan pulangan wang sebanyak 80 sen telah menyaman pemilik pasaraya sebanyak AS$5 juta.
• Seorang ibu menyaman pemilik pra sekolah berhubung prospek kolej untuk anaknya.
• Seorang lelaki mengemukakan saman dengan alasan hakim yang mengendalikan kesnya terlalu tua.
• Seorang lelaki yang obes telah mengemukakan saman kerana ruang di gerai kedai burger terlalu sempit.
• Wanita menyaman penerbit filem kerana tidak banyak aksi memandu dalam filem bertajuk Drive.
• Penumpang sebuah kapal cruz menyaman kapal itu kerana bergerak terlalu laju sehingga menyebabkan bergoyang ke kiri dan kanan.
• Seorang ibu menyaman Chuck E. Cheese kerana permainannya menggalakkan kanak-kanak berjudi .

Sumber :Oh Alkisah

Wednesday, January 11

Kenangan itu sesuatu yang indah

Greeting Text
Korang semua mesti ada kenangan masa korang kecik-kecik yang tak dapat dilupakan kan . Tak kira lah kenangan manis atau pahit ke , janji  ia diberi nama kenangan , atau nama jiwangnya memori  . Haha
Bagi aku , banyak sangat kenangan masa kecik-kecik dulu . Serius , memang banyak . Kadang-kandang kalau difikirkan balik , macam-macam perasaan ada . sedih , lawak , terharu , terkilan semua lah . Buat jahat kat kawan , memang tak hengat dunia . Yelah , masa kecik-kecik , tak tahu apa-apa , masih jahil lagi lah katakan .
Yang nie antara kenangan aku masa kecik-kecik dulu yang masih berlegar-legar dalam kotak fikiran aku yang tak berapa nak petak nie . Cehh
  • Dulu masa aku duduk kat rumah lama , belakang rumah aku ada tanah lapang & ada longgokan tanah , banyak , dah serupa bukit dah . Aku & kawan-kawan  aku , suka main kat situ . Kitorang  amik kotak atau papan , naik kt atas bukit tu , gelongsor la sampai ke bwh . 
  • Main pondok-pondok dekat pokok . Masak-masak semua . Memang kitorang memasak betul-betul punya . Konon nak jadi chef . Sebab kat belakang rumah aku ada 1 pokok petai kot , yg petai kecik kecik tu . Tapi sebelum nak masak tu , kitorang ada buat perancangan , orang nie kena bwk ape , orang tu bwk ape .
  •  Naik basikal malam-malam , then saja kacau anjing . Kira nak takotkan anjing lah nie . Akhirnya kitorg yang ditakutkan . Anjing tu duduk rilex je bermadu asmara di bawah bulan purnama dengan awek dia , kitorang pi kacau , memang naya lah . 
  • Mandi kat rumah sewa mak aku , ada 2 rumah , so aku dengan kawan-kawan aku boleh  pilih lah nak mandi kat rumah mana . Tu pon time tak de org sewa lagi . Memang selamber lah kan , mandi dalam kolam campur  perempuan  lelaki . Tak pe , time nie selamat . Kecik-kecik lagi , masing masing tak ada nafsu . Muahaha 
  • Duduk kat pangkin belakang rumah aku . Time makan tghari je mmg penuh lah pangkin tu . Berkelah bwh pokok ketapang . Nak berkelah tepi pantai memang tak lah , mana nak cari pantai kat KL nie .
Semua nia hanya tinggal kenangan . Tak mungkin dapat berlaku lagi . Tak akan . Okay , aku sedih :(
Cerita lah kenangan korang masa kecik-kecik dulu , nak tahu jugak .


Sunday, January 8

Negeri Sembilan juara Piala Sumbangsih

Greeting Text
Semalam , 7 Januari berlangsungnya perlawanan bagi merebut Piala Sumbangsih 2012 . Perlawanan nie melibatkan Juara Piala Malaysia 2011 , Negeri Sembilan dan Juara Liga Super 2011 , Kelantan . Negeri Sembilan berjaya membawa pulang piala tersebut buat kali pertama selepas 2 kali menjadi naib juara sahaja . 
Alamak , asal post aku kali nie guna ayat baku bagai . Dah macam karang berita dah . Muahaha 
Ha , nak dipendekkan cerita , semalam Skuad Jang berjaya mengalahkan Skuad The Red Warriors . Pertama kali menang Piala Sumbangsih . Perlawanan nie jugak , pembuka tirai Liga Malaysia 2012 dengan adanya pemain import . 
Agak-agak Skuad Jang nie buat perarakan bawak piala tu tak kat daerah-daerah Negeri Sembilan ? Boleh ajak parents aku balik kampung . Nak jumpa Syafik Rahman :p Tapi aku tahu , memang tak ada punya lah . Berapa hari je dorang boleh bergembira , lepas tu dah start game untuk musim nie . 
Tadi dok google gambar , jumpa pulak gambar nie . 
Akmal Rizal pernah main untuk Kelantan rupanya , baru tahu . Hee . Gambar kat atas nie , yang berjersi Negeri Sembilan tu la , Syafik Rahman .                               Dekat gambar yang pertama tu , 3 dari kanan tu la Syafik . Hensem kan .               Eh wani , kau jangan obses sangat dengan Syafik , laki orang tu . Haha
Tahniah Negeri Sembilan , juara Piala Sumbangsih buat kali pertama .    Hobin Jang Hobin

Friday, January 6

Comel-comel je mereka nie masa kecik .

Greeting Text
Hari nie aku nak story pasal pemain bola sepak kita , pakwe pakwe hensem nie  :p Hari tu aku jumpa gambar 3 pemain bola sepak Malaysia masa dorang  kecik comey  je dekat facebook . Memang comel comel lah , dah nama pun budak kan , tak kan hensem pulak . Tak baligh lagi , tak cukup umur nak digelar hensem . Okay , merepek . 

Jersi nombor  4 pakwe I taw  , Mohd Muslim Ahmad .
Jersi nombor 5 , Ismail Faruqi
Jersi nombor 10 , tak dapat dikesan . Tapi yang pasti dia bukan pemain Malaysia . Safee Sali kot :p Tak sama langsung muka dengan Safee Sali , main bantai je aku nie
Jersi nombor 9 , Norshahrul Idlan Talaha . Sampai sekarang kekal dengan nombor 9 .
Mereka nie semua orang Terengganu , sama sekolah kot tu agaknya bergambar dengan jersi yang sama . Muka sepeseng jaa . Set-set Ganu boh . Hancuss loghat Ganu aku .