Saturday, December 31

Alhamdulillah , dah ada 407 follower .

Greeting Text

Entry tengah pagi nie aku cuma nak ucap terima kasih kat korang yang sudi follow blog yang tak seberapa nie . Terima kasih sesangat .

Circle warna biru , follower ke 400 , ini blog dia Afrina Hamzah . Smart + cool blog dia nie :) 
Circle warna ungu pulak , follower ke 407  . Comel orangnya , ini blog si comel tu Syamimi Alias .
Apa apa pun , terima kasih jugak dkt semua follower . Dari follower pertama hingga lah ke 407 . (tak larat cek aihh nak taip semua nomboq)
Bajet ramai follower pulak kau nie wani . Haha . Tak lah , tak terniat pon macam tu . Aku buat entry nie , cuma nak ucap terima kasih dan bagi tahu aku hargai dorang sebab follow blog aku .

Friday, December 30

Saya sayang pakwe saya .

Greeting Text
Alamak tajuk , gedik gituu . Haha
Ehem ehem , tak lama lagi , 2011 akan melabuhkan tirainya , manakala 2012 akan menjelma . (sesaje guna ayat baku)
Okay , aku bukan nak hapdate pasal tahun baru . Pasal konsert kejadah semua tu . Tapi nak cerita pasal pakwe aku iaitu anak buah kesayangan , Muhammad Naufal .
Tahun depan , 10 januari genap lah umur dia 8 bulan . Tak sabar nak tengok dia berjalan & bercakap . Sekarang dah boleh meniarap dah , merangkak sikit-sikit . 
Nie masa dia baru lahir

5 hari selepas dilahirkan

Berusia sebulan

 Baru umur 1 bulan , dah abang aku letak dalam stroller :

2 bulan

3 bulan

5 bulan (pakai tudung sat)

                                                         6 bulan                                                                penuh badan dia je dalam stroller nie

6 bulan

7 bulan
Masa umur sebelum 4 bulan , jelas nampak tanda lahir warna putih kat pipi belah kiri bawah mata dia , lepas 4 bulan je , tanda lahir dia tak jelas sangat sebab masa kecik dulu , dia tak berapa nak putih , tu yang nampak tu . Sekarang dah putih , tanda lahir tu tak nampak sangat da . Putih dia sekarang kalah budak perempuan anak orang yang mak aku jaga nie .
Badan pon , dulu kecik je , pakai baju gelebeh , sekarang dah tembam , pakai baju pon sendat sendut dah . Pampers baru berapa bulan pakai saiz M , dah kena tukar ke saiz L . Mana tak tembamnya , makan bubur semangkuk , 2 kali sehari , lepas makan minum susu lagi . Menangis nak makan & nak susu lagi kuat & lama daripada menangis dia jatuh atau sakit .

Monday, December 26

Nama-nama Yang Sering Diganggu Jin - Ustaz Sharhan Shafie

Greeting Text
Tadi aku dok godek-godek youtube , jumpa video Ustaz Sharhan Shafie bertajuk Nama-nama Yang Sering Diganggu Jin . Ustaz nie ada senaraikan nama yg sering diganggu jin antaranya Balqis , Qistina , Najwa & Zakuan . Nama-nama nie berdasarkan kajian ustaz atas pesakit yg datang berubat dengan beliau  .
Tak ada kaitan pon dengan Al-Quran dan Sunnah . Wallahu a'lam .

Antara komen viewer video nie :
ustaz ckp nama2 tu disukai jin berdsarkn kes2 yg dia jumpa..klu ikut logik jin pun makhluk Allah..mstila jin pun suka nama yg baik2 utk anak2 diorg..ustaz pun xsuruh ubah nama ubah pnggilan jer..so xpyh la nk pening2 kepala risau xtentu hala..kita ni kalau dgr ceramah kena bijak jugak bukan main terima tanpa fikir panjang..ustaz pun kongsi ilmu sbg panduan..so kita yg trima ni kena la bijak mentafsirkan apa yg kita dgr supy xtrsesat.klu xfhm tanya la lebih lanjut..terima kasih ustaz sb berkongsi
rasanya ustaz sharhan cuma menyampaikan nasihat atas pengalaman...ustaz sharhan ada nyatakan nama2 sedemikian mmg ada maksud yang indah...cuma dalam perubatan, nama2 tu jg antara nama jin...jd kenapa kita nk melenting...tak dikata pn nama tu ada maksud buruk atau membawa sial...kita kna faham tu.. 

Sunday, December 25

Wan Zack Haikal di Majalah Hiburan URTV

Greeting Text
Sanggup aku beli Majalah URTV semata-mata Wan zack Haikal :) Tajuk dia , adess . Haha . Mula-mula aku tak tahu yg Wan Zack Haikal masuk majalah . Aku dapat tahu pon dari Syamira , dia mesej aku hari Jumaat kelmarin , dia dapat tahu dari FB Wan Zack Haikal . Aku yg minat dia giler-giler pon tak tahu dia masok majalah , nie org yg tak minat dia yg bagi tahu aku :D Semangat semalam aku pergi beli . Tak pernah-pernah beli URTV , selalu beli Remaja je . Nasib mak aku tak tanya apa-apa :)



Nama : Wan Zack Haikal Wan Nor
Tinggi : 170 cm
Berat : 66 kg
 Usia : 20 tahun (2012)
Tarikh Lahir : 28 Januari 1991
Tempat Lahir : Kuantan , Pahang
Posisi : Pemain sayap Harimau Muda
Adik-Beradik : Sembilan orang (anak bongsu)
Minyak Wangi : Isseymiyake dan D&G
Jenama Kesukaan : Adidas (sukan) , Giordano dan PDI
Gadis Idaman : Buat masa ini belum ada , single . Nak yg memahami dan menerima                         saya seadanya . Tak suka yang hipokrit .
Warna Kesukaan : Yang terang seperti merah , hijau dan kuning .
Makanan Kesukaan : Masak gulai tempoyak Ikan Patin masakan emak dan lauk pauk                                kampung
Sukan Selain Bola Sepak : Badminton
Perangai Kawan Dibenci : Orang yg tidak jujur dan mementingkan diri sendiri .
Hobi : Menonton wayang , karaoke dan main PS3
Cita-Cita : Nak jadi pemain bola sepak Berjaya dan ahli perniagaan terkenal
Pemain Bola Idola : Ronaldo (Portugal dan Real Madrid)

Part-part ditemubual yg menarik perhatian aku untuk membaca 
"Perempuan yang saya  hargai sekarang ialah ibu saya , Nik Mah Che Leh (65) . Oleh itu cerita cinta atau kahwin belum saya fikirkan . Saya nak bahagiakan ibu . Kalau nak kahwin akan datang ni , bakal isteri pun kenalah menerima ibu saya sebagaimana saya menyayanginya"
 "Cuma saya sedih , ayah pergi lebih awal . Ayah meninggal dunia kerana sakit tua , waktu saya masih belajar . Ayah tak sempat tengok kejayaan saya jadi pemain bola sepak negara . Tapi pesanan ayah , jika nak buat sesuatu kerja mesti serius dan sungguh-sungguh , saya jadikan ingatan . Pesanan emak dan ayah , jaga nama keluarga pun tak akan saya lupa "
Adik beradik sama dgn aku , aku anak bongsu jugak tapi dari 3 orang adik beradik je lah .
Jenama , warna  & sukan kesukaan , perangai kawan dibenci dan pemain bola idola sama dengan aku . Ehem-ehem . Ada kimia antara kita . Muahaha (muntah hijau)
Part perangai kawan dibenci tu , aku highlight terang-terang .                            Siapa makan asam , dialah terasa masamnya . LOL

Alhamdulillah , aku lulus Ujian Berkomputer dengan markah 48/50 . Tak sia-sia aku jawab 500 soalan dalam buku KPP . Sakit hati dengan sorang akak dekat tempat aku ambik test semalam , tanya pun marah . Nasib aku sabar , kalau tak free-free je aku jawab balik  


Thursday, December 22

Segmen : Jom Upkan Follower Bersama Deyawanny

Greeting Text
Join lagi :)

Klik banner untuk join .

Apa yg bestnya blog nie ? banyak cerita pasal bolasepak kot . (banyak lah sgt) :p
Dapat tahu pasal segmen nie , dari blogger AhlongShark .
Dateline : 31 Januari 2012 
Tag : Akma , Syahfiqa & Aziemah  

Tuesday, December 13

Hari Terakhir Sekolah .

Aku tahu cerita nie dah lama , tapi nak cerita jugak . Baru hari nie berkesempatan nak menaip pasal nie .
6 Disember lepas ialah hari terakhir aku dan kawan-kawan sekolah dan exam SPM terakhir kitorang . Last paper , Lukisan Kejuruteraan . Habis exam pukul 10.30 pagi , konon merdeka dah tu tapi aku tak nak mention pasal kertas LK , bapak susah high level kot . Yg kitorang nie punya la merepek cakap soalan tu salah , padahal tak tahu buat , yela selalu buat latihan yg senang je (senang ke) . Memandangkan awal lagi dan kalau balik tak tahu nak buat apa , kitorang cadang lah pergi Pizza Hut (benda nie dah plan awal-awal dah pon) . 







Tapi sebelum gerak pergi Pizza Hut , kitorang 1 kelas berpakat buat signature dekat baju Muaz dan Hasan . Dan kat tudung spare aku , tapi tudung tu dah jadi milik Ainil . Sedih sikit lah , sebab tak semua sign , ada yang dah balik . So berapa kerat je lah yang sign dekat baju dan tudung .





Anis Shahirah , Ainil Hafifa , Nur Adila Najwa & Siti Nor Syamira , awesome bestfriend forever & ever :) 

Monday, December 12

Contest I'm A Super Cutest Blog!


Nak join contest nie , klik je banner comel di atas .
Join contest lagi wooo :) 
Nah , nie printscreen blog sy 


Kawan yg di tag : Cik Domo Gojes



Sunday, December 11

Contest Blog Simple But Awesome


Syarat-syarat :
  • Malaysian blogger
  • Mesti ada blog
  • Follow blog Hanani (tak wajib)
  • Buat entry pasal contest nie dan letak banner yg atas nie
  • Tag rakan blogger (tak wajib)
  • Cpy dan paste link entry korang kat blog Hanani
Hadiah : Sini
Tarikh tutup : 13.12.2011
Orang yg bertuah di tag : Adila , Syamira , Anis

Friday, December 2

Mohd Muslim Ahmad akan ke negeri kelahirannya , Terengganu . Tidak lagi bersama Harimau Muda A pada tahun 2012 .

Apalah mimpi aku , letak tajuk entry pepanjang . Buang tebiat betul . Muahaha . Okay , sudah . Abaikan . Sekarang berbalik pada topik sebenar :p
Untuk pengetahuan awek awek sekalian , peminat Muslim Ahmad , dia akan ke pasukan Terengganu untuk tahun 2012 . Bekas kapten Skuad Harimau Muda A tu tak akan bersama HM A lagi untuk musim depan . (ayat skema sungguh) Aku dapat tahu dari page Muslim dan Page Harimau Malaya . Nie bukti


Tinggal kenangan . Pemain jersi nombor 6 nie pon , akan ke Terengganu jugak :)

Skuad baru untuk Muslim Ahmad .
Syamira ! Ada Saha kau tu .

Ala , nanti kalau ada game Negeri Sembilan vs Terengganu , nak sokong mana nie ? Macam dulu , n9 vs HM A . Tapi udah semestinya dong , gue sokong Negeri Sembilan .

Thursday, December 1

Bahana bola sepak Malaysia menang pingat emas , Sukan Sea .

Tu ha , yg aku circlekan ialah keyword paling banyak orang search untuk blog aku minggu nie . Dalam seminggu je , dah cecah 200++ carian .

Nie gara-gara lepas bola sepak Malaysia menang pingat emas untuk Sukan Sea . Makin bertambah ramai peminat muslim, so makin bertambah lah mereka nak tahu pasal Muslim . Tengok lah , ada jugak search Muslim Ahmad dan Noraida Puteh . Majoriti pasal Noraida Puteh .

Masa Malaysia menang Piala Suzuki hari tu , tak ada lah pulak sampai macam nie . Yelah , masa tu dorang mana kenal Muslim lagi , tak famous amos lagi pon mamat tu . Sekarang , penuh kat facebook , DP guna gambar pemain bola sepak nie , kadang-kadang aku keliru . Nak like status pemain bola sepak , sekali terLIKE status bukan pemain bola sepak . (nampak bebeno gatai nye)  muahaha