Wednesday, October 26

Last entry sebelum SPM

ASSALAMUALAIKUM
Pada korang yang mintak aku follow tapi tak difollow lagi tu , aku mintak maaf ye . Lepas SPM aku akan follow blog korang . Sorry sangat . (Lepas SPM kau nak online sampai lebam pon tak pe wani) . Nie entry aku yang terakhir sebelum SPM . Doakan yang terbaik untuk aku ye . 

Aku akan harungi 9 hari berperang dengan otak dan kertas soalan .
Isnin , 14 November : Bahasa Melayu 
Selasa , 15 November : Bahasa Inggeris
Rabu , 16 November : Sejarah
Khamis , 17 November : Mathematics
Isnin , 21 November : Pendidikan Islam
Rabu , 23 November : Additional Mathematics 
Khamis , 24 November : Physics
Selasa , 29 November : Chemistry
Selasa , 6 Disember : Lukisan Kejuruteraan

Saturday, October 22

Terima Kasih Diyana :)

Assalamualaikum .
Terima kasih Diyana , budak comel sebab tag Wani . Aku kena buat jugak lah . Buat apa ? Nah , baca sampai lebam . Muahaha

So, here's the rules :
1.You must post these rules.
2.Each person must post 11 things about themselves in their journal.
3.Answer the questions the tagger set for you in their post. And create eleven new questions for the people you tagged to answer.
4.You have to choose 11 people to tag and link them on the post.
5.Go to their page and tell them you have tagged HIM/HER
6.No tag back!
7.No stuff in the tagging section about " YOU ARE TAGGED IF YOU ARE READING THIS" YOU LEGITIMATELY (a.k.a REALLY, TRUST, WITH ALL HONESTY) have tagged 11 people.

 11 perkara tentang diri ini :)
- Nama saya Norsyazwani 
-Lahir kat Kuala Lumpur 
-Anak bongsu
-Satu-satunya bunga anak En Omar dan Pn Mahami
-Birthday 20 Jun 1994 
-Suka gaduh dengan abang kedua aku
-Minat Wan Zack Haikal dan Muslim :) (mereka pemain bola sepak)
-Benci budak yang bajet hot dan menggedik dengan lelaki .
-Tak minat artis . Tapi suka seni mereka
-Sayang keluarga .
-Suka berkawan dengan mereka yang gila gila

Question From Diyana :


1. What’s your favorite movie of all time and why?

Titanic & Pearl Harbor! Kenapa aku minat cerita nie ? Sebab pelakon lelakinya hensem . :D

2. Pernah masuk tv ?
Aku nak masuk tv ? memang harapan lah .

3. What’s your favorite song?
Ala , tak ada yang setia di hati lah .

4. Cantik atau hodoh tu penting ke ?
Hati mau baik sudah .

5. Pernah jatuh cinta ? Dengan siapa ?
Tak pernah .

6. Apa yang membuatkan anda rasa happy ?
Bila orang sekeliling aku happy

7. Iphone/Blackberry/Xperia ?
Blackberry .

8. How would you describe yourself ?
Aku nie seorang yang kecoh & gila² . Tapi bertempat okay .

9. Did you enjoy school ?
Mestilah , sebab dekat sekolah lah aku jadi gila² sebab ada kawan yang gila²

10. Apa yg akan anda buat tuk release tension ?
Ambik bantal , tutup muka dan jerit sekuat hati . (kena buat macam nie , giler nak jerit macam tu je , sekali mak bapak aku dengar , dorang hantar aku pergi TR  ) muahaha

11. Your ideal birthday prensent is ?
Entahlah


Question from me :

1 . Suka pergi sekolah tak ? Kenapa ?

2. Tempat yang teringin anda nak pergi ?
3. Antara artis dan atlit , yang mana lelaki idaman pilihan anda ? Sebab ?
4. Apa makanan kegemaran anda ?
5. Galaxy tab atau ipad ?
6. Apa yang anda akan buat kalau ada kucing meow meow depan anda ?
7. DSLR Canon & DSLR Nikon , yang mana anda lagi suka ?
8. Kereta idaman anda ?
9. Blog , Facebook atau Twitter ?
10. Antara boyfriend dan kawan mana penting ?
11. Kalau ada kawan yang suka menipu dan kawan makan kawan , apa yang patut dibuat ?


11 orang saya tag :
1.Erawr
2.Kak Farah
3.Diyana
4.Feeza
5.Lisa
6.Eiqa
7.Fatin
8.Eika
9.Fatin Athirah
10.Alia
11.Rara




Majlis Perkahwinan

Tadi aku pergi kenduri kahwin . Belakang rumah je . Terpaksa pergi sebab mak tak masak .
Pengantin sangat sepadan . Bagai pinang dibelah dua . Pengantin lelaki nie , kawan abang aku . 1kampung , 1 kem kot .  Paling aku suka pasal pengantin tadi , pengantin lelaki pakai baju tentera . Bukan baju loreng tu . (giler pakai baju loreng masa kenduri kahwin , ingat nak masuk hutan) Ala , aku tak tahu lah nama baju tu . Korang tengok sendiri lah gambar nie .



Kualiti gambar kurang , guna henset je pon . Lupa bawak kamera .
Rasa macam nak kahwin dengan tentera pulak . Best je tengok orang kahwin pakai baju tentera tu . Muahaha

Friday, October 21

Westlife Bakal Dibubarkan Pada Tahun 2012.


Kumpulan yang dianggotai oleh Nicky Byrne, Kian Egan, Mark Feehily dan Shane Filan ini mula menjejak industri hiburan pada tahun 1998 dimana pada waktu itu tumbuhnya boy-band seperti Backstreet Boys dan juga Blue seperti cendawan.
Kenyataan yang baru diumumkan hari ini oleh ahli kumpulan Westlife, “Selepas 14 tahun, 26 hits termasuk 14 single nombor satu, 11 album top 5, tujuh darinya meletup dan telah menjual lebih 44 juta salinan di seluruh dunia, 10 album jelajah dan kenangan yang tidak terkira banyaknya yang kami akan hargai selamanya, hari ini kami umumkan rancangan untuk berpisah selepas menghasilkan koleksi hits terbaik dan jelajah perpisahan tahun depan.
Westlife yang popular dengan lagu seperti “Flying Without Wings” dan juga “Swear It Again” turut menyatakan terima kasih mereka yang tidak terhingga kepada semua peminat-peminat yang setia menyokong mereka dari awal penubuhan sehinggalah sekarang.
“Dalam beberapa tahun ini, Westlife telah menjadi sesuatu yang lebih dari sebuah band. Westlife adalah satu keluarga. Kami ingin berterima kasih kepada peminat yang sentiasa setia dengan kami dan kamu adalah sebahagian dari kami juga,” ujar mereka lagi.
Untuk pengetahuan, Westlife pada awalnya ditubuhkan seramai 5 orang. Namun pada tahun 2004, Brian McFadden telah keluar dari kumpulan untuk menumpukan masa pada keluarga dan projek solonya. via Contact Music
Sumber :Oh Bulan

Tuesday, October 18

Manusia yang bertopengkan syaitan !

Korang dah tahukan pasal seorang remaja kelar bayi yang baru dilahirkan kat asrama sekolah .
 Sangat kejam . Baru berumur 16 tahun dah jadi penzina & pembunuh ! 
Ya Allah , kejamnya remaja tu sampai sanggup bunuh bayi yang tak berdosa nie , yang merupakan darah daging dia sendiri . Haiwan yang tak ada akal macam manusia nie pon sayangkan anak , nie kan pulak manusia yang berakal yang patut tahu beza antara baik dan buruk , antara dosa dan pahala . 
Nak cakap kau tak sekolah , sekolah . Nak cakap kau haiwan , kau lahirkan anak manusia , tapi kenapa kau berperangai macam HARAM (maaf , ayat aku agak kurang ajar ) . 
Sepatutnya kau kelar diri kau sendiri dengan jantan yang buat kau mengandung tu sampai mati , bukannya kelar bayi yang tak berdosa nie .
Semoga kau terima hukuman setimpal atas apa yang kau dah lakukan di dunia dan di akhirat !

Monday, October 17

Azab Bagi Wanita


Azab Bagi Wanita (tlg ingatkan kpd semua kaum perempuan yg kamu kenal)Saudara dan saudari kaum muslimin dan muslimat Renungan khususnya untuk para wanita dan diri sendiri…..

Sayidina Ali ra menceritakan suatu ketika melihat Rasulullah 
menangis manakala ia datang bersama Fatimah. Lalu keduanya bertanya mengapa Rasul menangis
.Beliau menjawab, “Pada malam aku di-isra’-
kan, aku melihat
perempuan-perempuan yang sedang disiksa dengan berbagai siksaan. Itulah sebabnya mengapa aku menangis. Karena,
menyaksikan mereka yang sangat berat dan mengerikan siksanya. 
Putri Rasulullah kemudian menanyakan apa yang dilihat ayahandanya. “Aku lihat ada perempuan digantung rambutnya, otaknya mendidih.Aku lihat perempuan digantung lidahnya, tangannya diikat ke belakang dan timah cair dituangkan ke dalam tengkoraknya.

Aku lihat perempuan tergantung kedua kakinya dengan terikat 
tangannya sampai ke ubun-ubunnya, diulurkan ular dan kalajengking.Dan aku lihat perempuan yang memakan badannya sendiri, di bawahnya dinyalakan api neraka. Serta aku lihat perempuan yang bermuka hitam, memakan tali perutnya sendiri.

Aku lihat perempuan yang telinganya pekak dan matanya buta, 
dimasukkan ke dalam peti yang dibuat dari api neraka, otaknya keluar dari lubang hidung, badannya berbau busuk 
karena penyakit sopak dan kusta.Aku lihat perempuan yang badannya seperti himar, beribu-ribu 
kesengsaraan dihadapinya. Aku lihat perempuan yang
rupanya seperti anjing, sedangkan api masuk melalui mulut dan keluar dari duburnya sementara malikat memukulnya dengan pentung dari api neraka,”kata Nabi.

Fatimah Az-Zahra kemudian menanyakan mengapa mereka disiksa seperti itu?*Rasulullah menjawab, “Wahai putriku, adapun mereka yang tergantung rambutnya hingga otaknya mendidih adalah wanita yang tidak ! menutup rambutnya sehingga terlihat oleh laki-laki yang bukan muhrimnya.
*Perempuan yang digantung susunya adalah istri yang ‘mengotori’ tempat tidurnya.
*Perempuan yang tergantung kedua kakinya ialah perempuan yang tidak taat kepada suaminya, ia keluar rumah tanpa izin suaminya, dan perempuan yang tidak mau mandi suci dari haid dan nifas.
*Perempuan yang memakan badannya sendiri ialah karena ia berhias untuk lelaki yang bukan muhrimnya dan suka mengumpat orang lain.

*Perempuan yang memotong badannya sendiri dengan gunting api neraka karena ia memperkenalkan dirinya kepada orang yang kepada orang lain bersolek dan berhias supaya kecantikannya dilihat laki-laki yang bukan muhrimnya.*Perempuan yang diikat kedua kaki dan tangannya ke atas ubun-ubunnya diulurkan ular dan kalajengking padanya karena ia bisa shalat tapi tidak mengamalk! annya dan tidak mau mandi junub.
*Perempuan yang kepalanya seperti babi dan badannya seperti himar ialah tukan! g umpat dan pendusta. Perempuan yang menyerupai anjing ialah perempuan yang suka memfitnah dan membenci suami.”Mendengar itu, Sayidina Ali dan Fatimah Az-Zahra pun turut menangis
Sumber : Sini

Sunday, October 16

Graduation Day of SMK Raja Ali .

Wah wah , tajuk . Bajet speaking pulak aku nie . Tak apa lah , sekali sekala . dua kali dua kala .
Okay , entry aku kali nie pasal Hari Graduasi sekolah aku untuk tingkatan 5 dan 6 . Atau nama barunya Pra-Universiti . Hari Graduasi nie berlangsung pada 15 Oktober 2011 . Semalam lah . Memang best sangat . Kali kedua pakai jubah graduasi . Kali pertama masa muda² dulu . Masa tadika . :D Memang gementar giler la . Macam² aku pikir kalau naik atas pentas nanti . Kot lah terjatuh ke , kasut tertanggal ke (sebab kasut aku longgar , beli last minit punya pasal ) . Tapi alhamdulillah , semuanya berjalan dengan lancar . Ada ke patut aku boleh tersalah tempat duduk lepas dah ambik sijil kat atas pentas . Punya lah gelabah . Aku dah buat orang sleng dah . Tapi nasib baik cikgu tak marah lepas majlis tu . Fuhh ! Lega .
Dah habis majlis tu , mulalah kegilaan kitorang ambik gambar . Dah jubah aku dengan kawan² aku besar , saiz cikgu tu , sebab tahun lepas baju tu cikgu yang pakai . Tapi tahun nie kitorang pulak yang pakai , tak tahu lah kenapa . Pakai jubah graduasi tu dah macam kat Hogwarts School , dalam cerita Harry Potter tu . Nasib baik tak ada tongkat sihir , cuma ada sijil je . Haha .
Nie aku bagi korang tengok gambar kitorang masa hari graduasi semalam . tapi sikit je lah , malas nak upload bebanyak (pemalas betul aku nie)









Nie je lah bebelan aku . Aku dah jarang update blog , maklumlah SPM dah dekat .

Rugi betul kitorang tak dapat bergambar dengan abang hensem form 6 . Masa tu dia sorang² , dah ada peluang dah tu . Tapi masing² takut nak cakap dengan dia . Tapi bila dah ada orang offerkan diri nak cakap kat abang hensem tu , aku pergi lari pulak . Malu *gedik . Abang tu hensem berbaju melayu warna pink lagi .

Sunday, October 9

Izreen Azminda Makan Hati Kerana Johan Asaari

Izreen Azminda, pelakon wanita yang mula mencipta nama melalui drama Juvana, mengakui dia terkilan dengan Johan Asaari yang mula renggang dengannya sejak pelakon itu mula berlakon dengan Fasha Sandha untuk drama Cinta Elysa. Dia terasa kerana Johan bersikap dingin dan tidak endahkan dirinya sejak mula berlakon dalam drama itu. Apatah lagi bila keluar gambar-gambar dan kata-kata macam orang bercinta di Internet dalam artikel yang dikeluarkan oleh Utusan Malaysia.

Izreen berkata hubungan mereka tidaklah seserius ke tahap melangsungkan perkahwinan, tetapi katanya sejak berlakon dalam Juvana hubungan mereka sangat rapat.
Memang saya terasa dan terkilan dengan dia. Sebab dia bersikap dingin dan tidak endahkan saya sejak mula berlakon dalam drama itu. Tiba-tiba keluar pula gambar-gambar dan kata-kata macam orang bercinta di Internet. Mestilah saya terasa.
Kalau kawan kenapa nak terasa sangat? Atau memang suka dengan Johan?
Saya mengaku yang saya suka pada Johan. Dulu masa mula-mula bertemu, sumpah! Saya memang langsung tak suka dia. Tapi dia pandai berbual dan ambil hati sampai saya mula selesa dan suka pada dia. Saya percaya sesiapa pun akan tertarik dengan dia. Mungkin karakter dia memang begitu. 
Jadi apa masalahnya?
Kalau tak bercinta sekali pun, sebagai seorang sahabat yang rapat dengan dia, kenapa secara tiba-tiba dia berubah dan tak endahkan saya selepas terlibat dalam drama itu? Dulu hampir setiap hari dia akan menghubungi dan hantar khidmat pesanan ringkas (SMS) pada saya. Dulu cakap dengan saya lain, sekarang lain pula. 
Apa yang pernah dia cakap pada Izreen?
Saya tak mahu dedahkan. Biarlah itu antara saya dan dia sahaja yang tahu kebenarannya. 
Apa reaksi Izreen bila tengok gambar dan kata-kata ala cinta antara Johan dan Fasha di Twitter?
Pada mulanya saya tak tahu pun. Kawan-kawan yang beritahu dan tunjuk. Bayangkan perasaan saya bila tengok tu semua. Memanglah kalau boleh saya tak mahu fikir sangat. Tapi kawan-kawan sekeliling bertanya macam-macam hal dan semuanya ditala pada saya. Mestilah saya tertekan. Nak jawab apa pun tak tahu. Iyalah sebab orang tahu kami sangat rapat.
Apakah Izreen anggap Johan mengkhianati hubungan kalian?
Kalau cakap pasal perasan, sebenarnya bercampur-baur. Rasa kecewa, rasa dipermainkan, rasa bodoh semua ada! Tak adalah, saya ni pun berlakon juga, tapi ada ke saya nak bergambar macam tu dan bagi ucapan-ucapan manja dalam Tweeter dengan pelakon lelaki lain? 
Mungkin Johan tak biasa lagi dengan realiti drama dalam industri hiburan, mudah dipermain-mainkan. Apa komen Izreen?
Dia orang baru. Mungkin dia teruja dapat berlakon dengan seorang pelakon cantik. Saya masih ingat lagi, dulu masa mula-mula dia berlakon, nak bergambar dengan perempuan pun dia segan-segan. Ada sekali siap berdoa sebab terlalu gementar. Tapi betullah orang cakap. Manusia boleh berubah. Dia mungkin akan kata yang ia sekadar lakonan. 
Apa nasihat pada Johan?
Saya harap dia tak berubah hanya kerana sudah semakin popular sekarang. Orang kata macam kejutan budayalah. Saya juga harap dia lebih berhati-hati dan pandai membawa diri. Lagi satu, saya sebenarnya tak berdendam dengan dia. Memang saya terkilan tapi itu bukan alasan untuk saya tidak bersikap profesional seandainya kami digandingkan lagi dalam projek drama seterusnya. 
Sumber : Beautiful Nara
p/s : Aku tengok artis sekarang nie , kalau komen pasal sesuatu isu , menampakkan kebodohan diri sendiri . Tak berfikir sebelum berkata-kata . Fikir-fikirkan lah :)

Saturday, October 8

Jamuan kelas 5 Bestari 2011 , SMK Raja Ali

Nie cerita 5 Oktober hari tu , baru hari nie nak post . Ketinggalan betul aku nie .  :D
Hari Rabu hari tu , kelas 5 Bestari buat jamuan kelas . Almaklum lah , akhir tahun kan . Dah tahun last dah kitorang kat SMK Raja Ali nie . Dan makin dekat lah nak SPM . 
Aku rasa lah kan , nie bukan jamuan kelas , nie jamuan 1 sekolah . Semua cikgu kitorang jemput sebab banyak sangat makanan .  . 
Macam² makanan ada . Menu kitorang masa jamuan nie :
  • Nasi Putih
  • Ayam Masak Merah
  • Daging Masak Kicap
  • Sayur kobis
  • Koktail
  • Rojak buah 
  • Dan bermacam-macam jenis desert .
Perancangan awal start jamuan nie pukul 9 , tapi si Zahid , pembawa menu utama nie tak sampai . Padahal masa nie waktu sekolah , boleh pulak masa Adila call , Zahid boleh bantai baru bangun tidur . 



Kek nie lah yang kitorang tak sempat makan . Gara² budak kelas lain sibuk join jamuan kitorang .Terkilan sangat . Kawan² aku yang bersengkang mata tolong cikgu masak dan buat kek nie , lagi lah terkilan . Tak merasa langsung . Bangun pukul 4 pagi untuk buat kek nie .


Aktiviti kitorang untuk meriahkan jamuan nie ialah tukar² hadiah . Nie lah hadiah nya . 

Aku dapat yang nombor 15 tu . Jeng jeng jeng . 

Souvenir kitorang . Button badges dan tuala .
ED : Engineering Drawing (Lukisan Kejuruteraan)

Memang meriah sangat , walaupun ada sikit rasa terkilan pasal kek tu :(




Wednesday, October 5

Teruk betul lah artis sekarang nie .


Isu baju seksi yang disebarkan melalui beberapa laman blog semalam melemparkan satu kontroversi kepada seorang penyanyi baru yang dikenali sebagai Amanda Imani, 20. Kontroversi ini sedikit sebanyak menyentakkan hati gadis remaja ini yang terkenal dengan bakat nyanyian berentak jazz.
Menurut Amanda, insiden tersebut berlaku di luar dugaannya kerana gaun yang digayakan perlu bersesuaian dengan tema malam resepsi Norman Hakim & Memey Suhaiza, iaitu Manhattan New York.
“Baju rekaan Wan Huzairil itu sebenarnya mengikut tema malam resepsi Norman Hakim & Memey Suhaiza.It’s a close red carpet event. Kebanyakan selebriti yang hadir pun turut mengayakan fesyen yang lebih kurang sama. Jadi, saya memang terkejut apabila fesyen yang saya gayakan menjadi perhatian pula,” kata Amanda memulakan sesi perbualan dengan OHBULAN!
Mengakui dirinya orang baru, Amanda tidak berniat untuk menimbulkan sebarang kontroversi atau publisiti.
“Saya tiada niat nak timbulkan kontroversi. Niat saya pada malam itu adalah sebagai seorang penyanyi profesional yang ingin menghiburkan hadirin. Saya mendendangkan 2 buah lagu sebagai hadiah buat pasangan berkenaan, iaitu lagu I Turn To You – Christina Aguilera & A Love That Will Last – Renee Olstead. Saya hadir untuk buat kerja sahaja.”
Amanda turut menafikan dakwaan pihak tertentu bahawa dirinya memang gemar berpakaian seksi.
"Ramai lagi orang yang pakai lebih seksi dari saya . Saya rasa pakaian itu lebih modest berbanding yang lain .
"Sebelum ini pun , saya pernah menerima teguran yang sama walaupun pakaian itu tertutup . Mungkin , bentuk tubuh badan kurniaan Tuhan ini yang membuatkan saya kelihatan seksi di mata orang ramai,"ujar Amanda .
Amanda turut menolak pendapat orang ramai mengenai personalitinya yang seakan sama dengan seorang selebriti muda tanah air.
“Kami berdua mempunyai personaliti berlainan. Dia seorang pelakon, manakala saya seorang penyanyi. Masing-masing mempunyai tuntutan kerja yang berbeza.”
Pada masa yang sama, Amanda menjelaskan dia tidak akan berpakaian keterlaluan & terlampau seksi di masa depan.
“Saya tak akan pakai gaun yang keterlaluan sehingga menampak bahagian yang tidak sepatutnya. Saya perlu menjaga hati keluarga juga. Andai kata kalau ada acara yang mengikut tema, saya akan lebih berhati-hati selepas ini.”
“Saya meminta maaf andai kata ada pihak yang terguris dengan cara pemakaian ini. Saya harap pihak berkenaan dapat memberikan kritikan yang membina agar saya dapat perbaiki diri ini di masa akan datang,” kata Amanda Imani mengakhiri temubual bersama OHBULAN!
Info : Oh Bulan !
 Sebab bentuk badan yang Tuhan kurniakan tu lah kita kena tutup dan pelihara daripada pandangan orang ramai 
 Pakai macam tu sebab ikut tema ? So , kalau tema tu tak perlu pakai baju , kau pun tak pakai lah eh ? 

Elfira Loy jadi bahan ketawa di Twitter .


Akibat salah menaip perkataan dalam bahasa inggeris , Elfira Loy menjadi bahan ketawa dan kutukan di twitter .  Eh , sekurang-kurangnya dia mencuba berbahasa inggeris . Dia ada keberanian . Ok lah , budak lagi kan dia tu . Still belajar lagi . Nie ialah twit dia di twitter :
Guess what , tomorrow m wearing versace and it cause abt 45k. OMG!
Ramai sangat yang kutuk dia di twitter . Macam nie lah orang sekarang , salah orang lain nampak je , salah sendiri haram nak nampak .

Aku sokong dia berbahasa inggeris sebab dia berani . Ramai orang tak ada keberanian nak berbahasa inggeris . Termasuk lah aku . Haha

Tuesday, October 4

Yasmin Hani di Majlis Resepsi Norman & Memey

Seksi betul Yasmin Hani nie kan . Datang majlis orang sampai pakai macam nie sekali . Bukan pengantin yang jadi tumpuan , dia yang jadi tumpuan kat majlis tu . Bukan main seksa lagi woo .



Agaknya lah kan , dia tak tahu kot beza PAKAI baju dengan TAK PAKAI . 

Gambar : Beautiful Nara

Saturday, October 1

Kontroversi Majlis Perkahwinan Norman dan Memey

Macam-macam kontroversi yang melanda kat pasangan pengantin baru 'seantero Malaysia' nie . Perkahwinan Rupiah 12juta  RM12juta lah katakan . Orang kaya boleh la kahwin sponsor² nie kan . *sila baca dengan nada perli . Mana tak nya , dua² dah terang-terangan beragama Islam , tapi buat majlis langsung tak menggambarkan Islam itu . 
  • Pakaian tak tutup aurat .
  • Tak ada bacaan doa dalam majlis tersebut .
Aku suka betul dengan kritikan Datuk Chef Wan kita nie . Jujur dan ikhlas betul . Sumpah sakit hati . Haha
Antara kritikan Chef Wan terhadap Majlis Perkahwinan Norman & Memey .

Just got back from the Wedding of Norman Hakim and Memey.If u asked me for my honest opinion is just a wedding that Rafelessia organised to promote their Products non stop the entire evening as i expected too comercialised that it ruined the event for all the guests i have spoken.Both Pengantin just play their game since its being sponsored.There nothing wrong with that except it served the purposed to used the Pengantin as their so call model la.

I dont see it as a real wedding but more of Rafelessia throwing a party for them and use both of them to promote segala jewelleries,Lord Taylor fabulous suit on all the pengapit2 actor2 tu and bridesmaid tu that is actually beautiful and decor and great jazzy music Alhamdulilah and if the pengantin wants to celebrate their wedding in that manner what is so wrong about that.Remember wedding is a celebration of people coming together.Dont be too uptight la press2 melayu.Grow up!

 Despite my honest opinion to be fair to everyone it is still a lovely evening among friends to celebrate both Norman and Memey as a couple and i am very happy for both of them.They both looked fabulous despite me not impressed with the RM500,000 gown and said to myself give me a break lah.See it for yrself.Sometime all this designer are so crazy to claim the price to the gown unless with those borrowed pearls being sewn on it i dont know la.
Setakat Berlian and pearls berjuta tu non of the pengantin can take the jewellery pun.Entah2 mlm ni jugak kena telanjang lepas tu Rafelessia ambil la balik simpan.Wedding gown rm500,000 by Vera Wang tu i gelak sungguh mcm Wedding gown biasa yg kecut masuk dlm washing machine depan memey tu yg i wasnt impressed at all likewise her veil mcm beli di globe silkstore! Ala di taja esok pulang la balik.So my honest opinion i really dont know what the fuss about this 12miilion sponsorship is all about. 
Ramai Press tak suka Choir yg menyanyikan lagu2 gereja kawin ni kata mereka sedangkan ini Wedding org islam satu doa selamat pun tak buat and thema pulak Blacktie and evening dress glam habis.I am not sure about the choir song gereja ni even though i heard because i sendiri tak tahu apa itu song gereja for wedding.That what the press upset about.Aiyo mesti controversial lepas ni lah.Kita baca la media nanti.
U tengok this weekend jika masin mulut i mesti banyak issue di ketengah kan.I think the sponsors also tak make it clear that this wedding Pengantin tak ada banyak involvement.Just as a model for us to fit all our jewellery on her baju.Press ambil2 gambar pun publicity is for the sponsors lah as i was told by the hotel that the actual cost of the interior is only rm94,000 ,the room is sponsored.makan sponsor cover for 200 guests i feel would not be more than rm100,000 la that menu mcm tu.So where is the 12 million yg press2 heboh2 dari awal tahu saja press kita dengar 12million Wow!