Wednesday, September 28

“Lelaki Itu Hanya Saudara Rapat Saya” – Wawa Zainal, Pelakon Drama A’na Lulu.


Nur Hawa Zainal Abidin, 20, atau lebih senang dipanggil Wawa Zainal adalah artis wanita yang baru meningkat naik dalam bidang seni hiburan. Kelibatnya dalam drama A’na Lulu benar-benar memberikan kesan kepada para penonton dengan watak gedik dan manja yang dilakonkan.
Anak ke-8 daripada 11 orang adik beradik ini mula menapak dalam industri hiburan apabila dia menghantar foto kepada MIG Production secara suka-suka tanpa menyedari yang dia bakal memulakan hidup baru sebagai seorang pelakon. Berasal dari Sabah, Wawa mempunyai darah campuran Melayu Brunei – Pinoy (Filipina) dan itu jelas tergambar di wajahnya yang cantik.
Namun begitu, sebagai seorang artis yang meningkat naik, Wawa telah menimbulkan kontroversi apabila gambar seksinya tersebar di laman-laman internet dan forum. Ketika ditemubual oleh OHBULAN! sebentar tadi, Wawa menjelaskan,
“Gambar tersebut diambil ketika saya belum menjadi artis lagi, dan pada waktu itu saya memakai rambut palsu dan saya sengaja mengambil gambar itu untuk suka-suka. Tapi sebelum ini telefon bimbit saya telah hilang dan mungkin saya telah disabotaj.”
Ditanya jika dia sengaja menyebarkan gambar itu untuk mendapatkan populariti, Wawa dengan tegas berkata,
“Saya mahu orang mengenali saya melalui bakat dalam diri saya. Namun apabila sudah terjadi hal sebegini, saya terpaksa hadapi pandangan orang lain walaupun dalam hati ini rasa takut sekali.”
Apabila ditanya mengenai gambarnya bersama seorang lelaki yang tersebar di internet, dia menjawab,
“Lelaki itu hanya saudara rapat saya dan kami memang sudah kenal dari kecil lagi. Bukannya teman lelaki seperti yang digembar-gemburkan.” ujar gadis putih melepak ini.

Wawa turut memberitahu kami siapakah pelakon lelaki popular yang diingininya jika diberikan peluang untuk berlakon bersama,
“Jika diberikan peluang untuk berganding bersama pelakon lelaki yang popular, saya teringin untuk berganding bersama Aaron Aziz.” ujarnya lagi sambil ketawa.
Dia turut memasang niat untuk memegang watak yang lebih positif memandangkan kesemua drama yang dibawanya sebelum ini hanya sebagai seorang yang manja dan mengada-ngada.
Wawa Zainal kini sedang menjalani penggambaran untuk drama terbarunya, Klik Musim 2. Gambar kontroversi Wawa Zainal selepas ini.


Ada 1 karikatur dalam paper metro . Berdialog .
Wanita seksi :  Kenapa kau pakai macam nie ? Dah ketinggalan zaman lah .
Wanita menutup aurat :  Tak apa lah . Biar lah orang tak suka penampilan aku , tapi Allah suka . 

Renung-renungkan lah :)


Info : Oh Bulan




Monday, September 26

Lebuhraya lautan Atlantik

Lebuhraya Atlantic yang terletak di Norway sepanjang 8 kilometer . Lebuhraya nie menghubungkan bandar Kristianund menuju ke bandar Molde dan pembinaan bermula pada 1 Ogos 1983 dan dibuka pada 7 Julai 1989 . Ambik masa 6 tahun tu untuk siapkan lebuhraya nie . Dasat .










Memang BEST lah lebuhraya macam nie . Sekali angin kuat , jatuh terus dalam laut tu . 
Seram . Nie bagi mat rempit best nie . :D

Sumber : Oh Tidak

Irma Hasmie Masih Single, Doakan Yang Terbaik Untuk Nabil

“Tak manis rasanya, jika saya nak hadir ke majlisnya. Nampak agak pelik pula nanti bila bekas kekasih hadir dan saya tak mahu timbul perkara yang tak elok pula nanti. Lagipun inilah salah satu cara saya menghormati hari bahagia Nabil dan isteri. Apa-apa pun, saya mahu ucapkan tahniah pada Nabil. Mudah-mudahan Nabil dapat melayari bahtera perkahwinannya dengan rahmat dan keberkatan dari Allah.”


Cantiknya Irma :)


“”Saya tak pernah bermusuh dengan Nabil, jauh sekali dengan ahli keluarganya kerana saya juga agak rapat dengan adik beradik perempuannya. Saya pun tak suka nak bermusuh dengan sesiapa kerana takut tidak berkesempatan untuk meminta maaf. Jadi, saya tak mahu mereka berkecil hati dengan tindakan saya kerana saya masih menjaga hubungan baik dengan mereka. Tidak pernah putus walau apa juga sekalipun.”
Irma juga berkata yang dia masih single dan sedang mencari bakal suami. Kami berharap Irma akan bertemu jodoh yang terbaik satu hari nanti.

Sumber : Beautiful Nara


Kim Swee tak tahu tahap kecederaan Wan Zack

JURULATIH skuad Olimpik negara, Ong Kim Swee belum dapat mengesahkan tahap kecederaan yang dialami Wan Zack Haikal Wan Nor apabila pemain sayap itu kini berada di Slovakia bersama kelab, Vion Zlate Moravce.
Wan Zack Haikal yang mengalami kecederaan pergelangan kaki kanan ketika Malaysia tewas 2-0 kepada Jepun pada perlawanan pembukaan Kumpulan C kelayakan Olimpik London 2012, Rabu lalu terus pulang ke Slovakia selepas tamat perlawanan itu bersama dua lagi pemain yang dipinjamkan, Mohamad Fadhli Shas dan Irfan Fazail.

Menurut Kim Swee, pada pemeriksaan awal yang dilakukan di Jepun kecederaan yang dialami pemain Harimau Muda A itu amat serius.

“Kecederaan pergelangan kaki kanannya agak serius dan dia sememangnya memerlukan rawatan lanjut. Tapi dia kini sudah berada di Slovakia untuk beraksi semula bersama kelab Vion sebagai pemain pinjaman.

“Saya tidak tahu keadaan terkini kecederaannya itu namun saya akan berhubung dengannya esok (hari ini) untuk mendapatkan maklumat lanjut,” katanya.

Wan Zack Haikal, 20, tonggak utama skuad bawah 22 tahun negara sudah mengalami kecederaan ketika perlawanan persahabatan dengan skuad Olimpik Oman di Stadium Shah Alam sehari sebelum berlepas ke Jepun pada 16 September lalu.


Selepas berehat dia tetap diturunkan dalam kesebelasan utama menentang skuad Samurai namun digantikan dengan Wan Zaharulnizam Wan Zakaria pada babak kedua.

Ketika ditanya adakah lebih baik pemain itu berada di Malaysia untuk menjalani latihan pemulihan ketika ini, Kim Swee berkata, Wan Zack Haikal perlu kembali menyertai kelabnya semula kerana mempunyai kontrak sehingga November depan.

“Wan Zack Haikal dan dua lagi pemain mempunyai kontrak bersama Vion dan kelab itu adalah kelab yang profesional jadi mereka pasti akan menjaga dan menguruskan rawatannya dengan baik di sana,” katanya.

Menurutnya, Wan Zack, Fadhli dan Irfan yang menandatangani kontrak sebagai pemain pinjaman bersama Vion 16 Ogos lalu akan kekal di Slovakia dan tidak akan menyertai latihan pusat bagi persiapan Sukan Sea Indonesia bermula Sabtu ini.

Sumber : Metro Online

Sunday, September 25

Percubaan Pertama

First time design sendiri icon shoutbox . Dengan bantuan photoscape dan photoshop .
 Semestinya , lelaki ini Kim Beom . Dia comel .


Buruk kan aku design icon shoutbox nie ? Sila lah kutuk dengan hati yang terbuka . *ececeh . Tak pe lah , nie kan first trial aku .  

Friday, September 23

Sweet dan comel gila video nie ! Ohsemmm



Tadi aku dok godek² youtube dan terjumpa video nie , daripada AffanAizatMUSIC . Dia cover Lagu Lelaki Seperti Aku . 
Description video nie , berbunyi begini "Hello guys. This is my first attempt of doing collaboration cover with my adik. Female vocal/Drum/Guitar all recorded via Garageband for ipad except my vocal. I change the lyric a bit for duet version. Hope you like this version. ^_^"

Ada orang komen , betul ke perempuan tu adik , kot girl dia :p
Best suara diorang nie . *melt sebentar dengar suara Affan Aizat :)
Perempuan nie cantik . Suara manja kot . Cair lelaki² diluar sana yang dengar suara dia nie :D



Wednesday, September 21

Buat yang terbaik anak-anak Malaysia

Hari nie  21 September 2011 , Harimau Muda bertemu Samurai Biru untuk kelayakan Sukan Olimpik 2012 . Buat yang terbaik Harimau Muda . You can do it . Chayok chayok !

Bf sy jersi 16 okay . No more to jersi 2 . 
Sy dah berubah hati !


Oh my Wan Zack Haikal :)


Hensem dia rambut macam nie :D



Thursday, September 15

Olimpik Malaysia Vs Olimpik Oman

Skuad Olimpik Malaysia tewas 0-1 kepada Skuad Olimpik Oman pada sesi persahabatan petang tadi hasil jaringan Hussain Ali pada minit ke-41 .

Sumber : FB Support Malaysia League (MSL) .

Nota : Tak apa lah , mungkin tak ada rezeki . Cuba lagi Harimau Malaya . Buat yang terbaik lawan Jepun nanti . 


Tuesday, September 6

Terima Buffered Earnings kedua .


Aku dapat BE kedua . Iklan Volkswagen tu BE pertama taw , dia terselit pulak kt situ . Hee. 

Thanks Darlie ASW .
Thanks Nuffnang .

Sunday, September 4

Home baru blog pelik

Tadi saja la menggatalkan tangan cuba home baru blog . Adess , memeningkan kepala . Aku nak buat new post pun tak tahu nak klik mana . Sekejap je pun aku guna home tu . 


Macam nie la rupanya . 
Fening dol .

Nota : Esok start trial SPM . Bermula 5 September hingga 20 September . Adoyy . Kecuakan menguasai diri .


Budak baru belajar terima Buffered Earnings yang Pertama


Okay , serious terkejut . Tak perasan pulak tetiba earnings aku naik , sbb BE nie . Tadi lepas update Bio kat Nuffnang , terlintas pulak nak tengok earning aku . Sekali keluar benda alah kat atas nie . Walaupun sikit , tapi puas hati jugak lah . Tak sia-sia aku rajin update Bio *kononlah kan . :D . 
Patutlah dekat home aku keluar iklan VW panjang gini  . Selalu tak macam nie .

Thanks Nuffnang :)
Thanks Volkswagen :)
Nanti aku beli kereta kau eh . Tapi kereta mainan yang letak dalam kereta je lah .
Nak beli kereta kau yang betul²  memang tunggu 10 tahun akan datang lah kan .
Tu pon kalau ada duit