Sunday, July 31

Saya Di Sekolah Wira Bakti

Kem BKP di Impian Country Resort . Kem nie best sangat . Kami tak tahu pun Kem ni buat kat Impian Country Resort , tempat Sekolah Wira Bakti dalam cerita Juvana tu . Sebab kat surat tak tulis pun nama resort nie . Yang aku kecoh la , kat mana eh . Kot² kat tempat Juvana . Mengharap giler kot .
On the way nak pergi resort nie , aku tengok tengok lah kat luar tingkap then aku ternampak satu tempat nie macam dalam Juvana . Punya la excited . Ingatkan kem kitorang bukan kat sini , keciwa giler sebab bas kami terus je . Tapi bas kami U-turn plak . Last² betul lah kem kitorang kat sana
 Shah : “Da jumpa da Warden Raja tu?”
Aku : Ala , belum lagi . Nak pergi tadi , tapi pejabat dia tutup. Haha

Masa malam lepas night walk tu best , nak tidur nie .
Ainil : Aku tidur tempat daim .
Aku : Eleh , aku tidur tempat botak apa . Haha *mengharap mimpi botak malam tu . :D
Padahal kitorang tak tidur pun dalam dorm yang dorang berlakon tu . Hee . Berangan jap .

Tapi kitorang agak takut sikit sebab ada satu kumpulan nie , tak tahulah dari mana tapi semua lelaki . Sampai² je da buat kitorg seram . Kacau budak perempuan . Yang fasi kitorg cakap tu budak² juvana . Haha . Dorang tu umur dalam 20-28. Fasi lah cakap .



Aku pengganti Tony :D

Astaka , tempat Botak dengan Daim gaduh pasal debat Buli tu .



Nightwalk , best . Walaupon jari aku bengkak + lebam sebab terpeleot masa explorace siang hari tu . Masa nightwalk , kitorang kena duduk untuk senang nak turun bukit , seluar aku tersangkut kat 1 tunggul kayu nie , habis koyak . Malu do . Haha . Dah sampai kat bawah , aku jalan punya laju nak masuk dorm , mandi & tukar seluar . Malas nak pergi makan malam .  

Wednesday, July 27

Muslim Ahmad Dah Botak

 Muslim Ahmad dah botak ! Tak pe tak pe , kau tetap hensem lah . Don't worry , aku tetap minat kau . Haha . Sebabkan Muslim sanggup bawak balik surat khabar dari sekolah nie , dan scan gambar di bawah :)

*Muslim muka garang ouh .

1 gambar dekat surat khabar nie , rambut Muslim tak botak lagi , tapi rambut dia macam Neymar , 1 lagi gambar rambut dah tak ada . Botak sudah . 
Kata Syamira , macam tahu-tahu je Muslim nie aku minat Neymar dengan Botak Juvana dan Muslim juga .*ok , sila muntah . Haha

Tak ada dah rambut pacak Muslim nie dah :(

Neymar 
*minat do kat rambut kau . 
Nasib baik aku perempuan , kalau
aku lelaki mungkin aku buat rambut macam kau nie .
Agaga

p/s : Esok nak buat entry pasal kenduri rumah aku . Buat sekarang , nak upload gambar banyak²  lambat pulak . So , esok lah jawab nya .

Saturday, July 16

Sedar Diri Boleh Tak ?

Ape cer Malaysia kalah dengan Arsenal ? Kena belasah 4-0 tu . Tak apa lah , adat permainan , ada kalah ada menang kan . Tapi satu je aku tak puas hati dengan segelintir rakyat Malaysia yang TAK sedar diri nie . 
Fine , aku boleh terima kau pakai jersi Arsenal kau tu , ok tu minat kau . Tapi jangan lah sampai lupa diri . Pakai jersi Arsenal dan pegang bendera Malaysia . Tak pon pakai jersi Malaysia pegang lah sepanduk Arsenal . Tak boleh ke ? Nie tak , dari rambut sampai lah ke kaki , Arsenal kau tu je . Sedar diri lah weyh , kau tu duduk Malaysia , bukan London sampai kau nak lupakan negara sendiri . Lebihkan negara luar berbanding negara Malaysia .

Tengok kat belakang tu , lebih ramai pakai jersi Arsenal . 
Boleh dikatakan semua lah .

Malu kot dengan mereka nie . Orang luar lebih menghargai Maalysia
berbanding rakyat Malaysia sendiri .

"Usah malukan Harimau Malaya di bumi sendiri. Usah biarkan Harimau Malaya tersungkur di bumi sendiri. Harimau Malaya kuat kerana sokongan, biar pasukan kita tidak sepopular kelab² EPL, kerana populariti menjatuhkan kualiti". - kata-kata daripada seorang blogger :) 


Monday, July 11

Undang-undang ?

Wah ! aku suka GILER la hari ni . TERsangat la GEMBIRA kan bila dapat tahu peraturan sekolah yang baru yang agak tak releven . Bukan agak , dah memang dah pun . Ada ke patut pergi tutup pintu pagar yang lama , then kena guna pintu pagar yang baru yang jauh dia ya amat . menyusahkan semua pelajar yang datang sekolah naik bas awam . Entah siapa entah buat peraturan macam nie . Dulu boleh je , ada 1 pintu pagar . Tak ada susah apa pun . Banyak lagi benda lain yang boleh buat , baiki tandas ke kan ada faedah . Gila bengang kot . 

status aku kt FB menyuarakan KETIDAKPUASHATIAN aku terhadap peraturan baru nie
  • Nak check aku dapat pergi PLKN ke tak . Tapi tak boleh . Web busy . Hantar SMS pon tak dapat reply lagi nie . Aku rasa nak pergi la . Nak pergi Sabah atau Sarawak . Best . Dapat pengalaman baru dan boleh kuruskan badan . Haha

Monday, July 4

Times Square

Best la jugak keuar pergi Times Square walaupon sekejap . Eh , kat TS aku jakun sikit . Dah 17 tahun duduk KL , tapi baru first time pergi TS . *sila gelakkan saya . Haha . Pergi TS 5 orang je . Aku , Ainil , Anis , Mimi dan Zahid . Kau sorang je lelaki do Zahid . Tak pe , jadi bodyguard kitorang . Lawak + kesian aku tengok Zahid . Melayan kerenah perempuan-perempuan bershopping . Muka tak leh blaa je . Tapi masa main bowling , muka okay je kot . Siap kalahkan aku lagi . Boleh pula kau strike 2 kali masa game last tu . Saje je kau kan . 






Nie je lah gambar yang dapat di snap . Harap maaf , kualiti gambar agak kurang . Biasa lah , guna camera phone . Saya tak ada DSLR . Tak mampu :)
Ainil ajak naik Roller Coaster . Grr . Tak sanggup . Seram kot . Nanti jantung aku tertinggal kat situ kang :D

Hari Sukan

Hari Sukan Semera :) Nie je gambar yang sempat diambil . Tengah syok tengok orang lari-lari . Lupa terus nak snap gambar banyak-banyak . 


No larian 1Sukan 1Murid 1Malaysia aku ialah 0266 . 



Lawak la gambar nie . Aku macam nak makan mihun Ainil & Ainil nak air milo aku :)

Yaa ! orang berkawad , saya makan :D