Sunday, June 26

Koktail

Petang semalam , sangat lah bosan . Lepas off lappy , tak tahu nak buat apa . Then , mak aku cakap ' dik, buat koktail ' . Nasib baik lah , kelmarin pergi NSK beli barang-barang dapur . Dan tak tersengaja terbeli barang untuk buat koktail *ececeh . hee . Aku rajin taw . Tapi buat koktail je lah :) Simple dan senang 



Menikmati koktail sambil tengok budak-budak main bola kat depan rumah :)

Thursday, June 23

Player Bola Sepak :)

Tahniah Malaysia sebab menang lawan Lubnan semalam . 2-1  . Gol pertama dihasilkan oleh Mohd Irfan Fazail dan gol kedua pula menerusi Wan Zack Haikal .
Entry aku kali nie , bukan semata-mata nak cerita pasal kemenangan Malaysia , tapi aku nak selitkan pasal ‘boyfriend’ baru aku . *perasan .
Nak bagi tahu korang nie , aku da jatuh hati kat Wan Zack Haikal . Yang buatkan aku minat dia sebab nama dia best . *ada kaitan ke ? :D
Suka la tengok dia main bola semalam . Paling best part Wan Zack Haikal & Muslim tolak-menolak dengan player Lubnan . Dah dua-dua nie aku minat giler .
Tapi aku tetap setia kat Muslim & Shaffik Rahman .
Meh aku nak share sikit gambar-gambar Wan Zack Haikal , Muslim & Shaffik :)

 Mohd Muslim Ahmad :




Wan Zack Haikal :



 Mohd Shaffik Abdul Rahman :



Syamira cakap jurukamera nie lelaki ke perempuan ?  Sebab masa bola tengah live , kamera banyak fokus kat Muslim . Then aku jawap la , ‘Jurukamera nie lelaki la , dia saja tu fokus kat muslim sebab nak buat jadi bakal menantu’ . Haha .

Mereka hensem kan . :) 


Saturday, June 11

Imam Muda Najdi



Assalamualaikum :)
Entry aku kali nie nak cerita pasal kesedihan aku bila Imam Muda Najdi tersingkir .
Masa nak umumkan siapa yang tersingkir tadi , gerak hati aku kata mungkin Imam Muda Najdi akan tersingkir . Rupanya betul-betul dia tersingkir . Aku baru minat kat dia , last-last tak dapat dah tengok dia dalam Imam Muda . *haha , gatai .

Sedikit info tentang Imam Muda Najdi :


WAN NAJDI BIN WAN MOHD NOH
20 TAHUN
4 SEPTEMBER 1991
SELANGOR
STPM DARI SEKOLAH MENENGAH AGAMA PERSEKUTUAN LABU, NEGERI SEMBILAN
PELAJAR
BUJANG

Agak sedih masa Imam Muda Nazrul bersama banduan penjara . Banduan tersebut mendoakan akan kejayaan Imam Muda Nazrul . Menangis kot aku time nie . Sedih sangat . Tak tahu lah macam mana perasaan banduan akhir yang menanti saat kematian mereka . Mereka takut akan bunyi dentuman pada waktu pagi selepas subuh . 

Thursday, June 9

Sanggul Tinggi dan Dosa

Tak salah jika seseorang yang bertudung untuk berfesyen . Tapi haruslah tahu batas-batas fesyen tersebut . 
Sekarang ramai aku tengok orang yang pakai tudung Ekin atau tudung sarung dan berselendang mengenakan sanggul yang tinggi . 
Mari kita baca hukum orang yang mengenakan sanggul tinggi yang dipetik dari blog seorang ustazah . 



Ingatan kepada semua, wanita yang tidak menutup aurat adalam dosa dan haram perbuatan tersebut. Wanita yang bersanggul tinggi yang tidak menutup aurat adalah dosa dan haram sepertimana dinyatakan oleh hadis yang pertama di atas. Masalah ini beza dengan wanita yang bertudung, tetapi mempunyai sanggul tinggi di dalam tudungnya.

Masalah sanggul rambut tinggi seperti bonggol unta ini mestilah dilihat dari tujuannya. Kenapa disanggulkan rambut tersebut? Adakah ia untuk diperlihatkan kepada orang ramai? Adakah untuk menjadikan dirinya cantik? Atau sebagainya. Menurut saya, kalau sanggul tersebut dibuat adalah untuk kecantikkan dan diperlihatkan oleh orang yang bukan mahram, maka ia haram kerana ia menimbulkan fitnah dan menarik perhatian lelaki yang bukan mahram. Ini jelas bahawa wanita Islam hanya boleh menghiaskan dirinya untuk suaminya sahaja dan tidak boleh untuk orang lain. Malangnya wanita Islam sekarang ini tidak tahu maksud perhiasan yang dibenarkan dalam Islam. Ada wanita yang memakai pakaian biasa di rumah dan hadapan suaminya dengan alasan tidak bergaya disebabkan duduk di rumah sahaja, senang nak buat kerja rumah dan sebagainya. Tetapi apabila wanita tersebut keluar rumah dengan pakaian serba cantik dan memakai minyak wanginya hampir sebatu bauannya sehingga menarik perhatian orang lain. Inilah yang dikatakan haram walaupun niatnya betul dan berpakaian kemas dan cantik.

Sanggul tinggi adalah harus apabila tidak menarik perhatian orang lain dan tidak mempunyai niat-niat yang tidak baik sepertimana dinyatakan di atas. Awas!!! Jika sanggul tersebut dapat menarik perhatian orang bukan mahram dan boleh membangkitkan syahwat orang lelaki lain, maka ia menjadi haram dan perlu menukar teknik sanggulnya dari tinggi menjadi rendah. Harus bersanggul tinggi dihadapan suaminya atau berpakaian cantik dihadapan suaminya, kerana ini adalah suruhan agama berhias untuk keselesaan suaminya.

Jika dilihat dari trend orang sekarang ini berfesion seperti sanggul tinggi dan fesion tudung yang semakin hari semakin menjadi-jadi fesion tersebut. Pendapat saya, jika fesion tersebut tidak melanggar hukum Islam atau syariat Islam tidak menjadi masalah. Kalau ia melanggar syariat Islam walaupun bertudung, tetapi berpakaian ketat seolahnya bertelanjang sepertimana yang ada sekarang, maka itu menjadi haram. Hadis Nabi Muhammad yang bermaksud :
“Dua golongan di kalangan ahli neraka yang tidakkan aku pandang iaitu kaum yang bersama mereka cemeti seperti ekor lembu yang dengannya digunakan memukul orang lain dan wanita-wanita yang berpakaian bagaikan bertelanjang yang condong kepada maksiat dan menarik orang lain untuk membuat maksiat. Sanggul dikepala mereka ditusuk tinggi-tinggi seperti bonggol unta yang sangat lemah. Mereka ini tidak akan masuk syurga dan tidak akan mencium baunya sedangkan sesungguhnya bau syurga itu sudah boleh dicium dari jarak demikian dan demikian.” (Riwayat Muslim).

Tak dinafikan , dulu aku penah kenakan sanggul tinggi bila aku pakai shawl . Tapi lepas seorang kawan aku tegur dan beritahu pasal hukum sanggul tinggi nie , aku tak kenakan sanggul tinggi da . 

p/s : Seorang manusia tak terlepas dari membuat kesilapan . Dan belajarlah dari kesilapan

Wednesday, June 8

Nuffnang



Cer tengok analisis Nuffnang terhadap blog aku ? Kesian . orang lain punya blog dah mencecah puluh puluh ribu kot . Aku baru tahap nie . 
Almaklumlah , aku kan still baru lagi dalam dunia blog nie . *macam kalau aku da lama dalam blog , akan mencecah puluh puluh ribu pula kan . :D

Earning Nuffnang aku jangan cerita la kan macam mana rupanya . Haha . 

Tak apa lah , aku berblogging sebab nak kan kepuasan diri , dapat luahkan semua yang terpendam dalam hati nie *cehh :)



Juvana di Metro , 6 Jun 2011









BIAR setinggi mana mesej yang ingin dipaparkan, drama siri Juvana tidak terlepas daripada stigma kolot dan  diselar kononnya bagai menyebar persepsi negatif. Semuanya kerana siri ini bersandar pada kisah golongan remaja yang terjerat dengan seribu satu masalah sosial hingga ditempatkan di sebuah institusi Juvana. Begitu juga plot ceritanya mencerminkan aksi ganas hingga menimbulkan rasa kurang senang sesetengah pihak.
Entah fakta mana yang dilihat serta perspektif apa yang dinilai, masih ada suara nakal menyifatkan drama terbitan Filmscape ini sengaja memaparkan segala macam jenis kejahatan remaja dan bimbang ia akan dijadikan contoh buruk buat penonton khususnya golongan remaja.

Bagaimanapun, barisan pelakon siri ini menyangkal persepsi sebegitu dan menyifatkan apa yang dipersembahkan adalah simbolik sesebuah jalan cerita dan waktu sama, masih sarat dengan mesej dan pengajaran di sebaliknya.

Lihat saja pelakon utamanya, Zahiril Azhim yang melakonkan watak Daim Yahya, meskipun mengangkat karakter remaja bermasalah yang terjerat dengan kesalahan membunuh, apa yang lebih ingin disampaikan adalah keinsafan dan pengajaran kemudiannya.

Kata Zahiril, perjalanan Daim perit kerana terpaksa merempuh detik itu di pusat pemulihan akhlak atas tuduhan yang bukan dilakukannya.

“Usah lekas menjatuhkan hukuman atau menabur persepsi. Jika diperhati dengan teliti dan tidak ketinggalan mengikuti plot ceritanya, Juvana hanya menjadikan semua aksi ganas atau perihal nakal remaja itu sekadar warna pada jalan kisahnya dan bukannya untuk menunjukkan nilai keganasan apatah lagi menyuntik aspek negatif kepada penonton.

“Jujurnya, saya melihat Juvana adalah drama siri yang memaparkan nilai realistik kepada penonton baik pada skripnya, aksi dan gerak lakon mahupun visualnya.

“Ini satu perkembangan yang mencerminkan sudut positif dalam sesebuah penerbitan drama televisyen. Tidak hanya itu, sebagai seorang pelakon yang sudah terlebih dulu mendalami skrip serta garapan pengarahannya, saya sendiri kagum dengan mesej serta nilai murni yang cuba disulam sepanjang ceritanya.

“Lantas mengapa harus persoalkan pada luaran semata-mata dan sengaja memejamkan mata akan mesej positif yang ingin dikongsikan itu. Apa yang ingin dipersembahkan adalah sebentuk hiburan ringan namun sarat dengan pengajaran buat penonton,” katanya.

Kronologi Juvana adalah berkisar kehidupan beberapa remaja yang terjerat dengan kesilapan lalu dan disumbatkan ke sekolah khas. Selain berdepan dengan konflik dan masalah sesama mereka, masing-masing sebenarnya menyembunyikan seribu satu kisah peribadi yang menjurus mereka hingga terpaksa gagal dalam percaturan hidup.

Drama 13 episod yang disiarkan di TV3 setiap Isnin, jam 9 malam sejak 25 April lalu, turut diterapkan elemen drama, permainan emosi dan pengertian hidup dengan lebih jelas dan rasional.

Mana tidaknya, mereka mula belajar sesuatu yang baru dan melalui pengalaman manis. Persahabatan, kasih sayang, dendam dan jiwa memberontak remaja disatukan dan diterjemah dengan kemas menerusi Juvana.

Selain Zahiril, Juvana turut membariskan wajah-wajah baru yang begitu berbakat dan berjaya mengikat perhatian penonton untuk setia menyaksikannya setiap minggu termasuk Johan As’ari, Syazwan Zulkifly, Wan Atiqa Farhana, Adam Shah, Khairul Mohamed, Syukri Yahaya, Riki Rikando, Idzham Ismail, Helmi dan Talha Harith.

Malah pelakon-pelakon popular turut tampil menguatkan lagi jalan ceritanya termasuk Bront Palarea, Izreen Azminda, Beto Khusairy dan bintang veteran, Kuswadinata.

Selepas enam episod ditayangkan, drama arahan Faisal Ishak ini sudah berjaya menghimpunkan hampir tiga juta penonton setiap episod. Malam ini, sekali lagi pergolakan mereka akan diteruskan untuk episod ketujuh.

Menyifatkan peluang melakonkan watak sebagai Botak bagai orang mengantuk disorongkan bantal, Johan melihat Juvana akan meninggalkan impak tersendiri buat peminat drama televisyen selain memberikan sebuah dimensi baru dalam penerbitan drama tempatan.

“Pertama kali saya ke sesi uji bakat dan membaca skripnya sebaik diterima memegang watak Botak, saya sudah boleh membayangkan kelainan yang akan disuntik pada plot ceritanya. "Malah seperkara yang saya lihat berbeza, Juvana begitu mementingkan pembangunan watak dan karakter. Setiap watak yang diwujudkan punya kekuatan tersendiri,” katanya.

Lain bagi bintang baru berusia 24 tahun yang melakonkan watak Apek, Juvana benar-benar memberikannya satu perspektif baru dalam lapangan seni lakon yang ingin diperjuangkan.

Selain kagum dengan konsep dan idea asalnya, Syazwan turut berasa bertuah kerana akhirnya berpeluang melakonkan sesuatu yang tampak realistik dan boleh memberi pengajaran kepada penonton. “Mesej yang diceritakan memang terlalu banyak namun semuanya diletak secara metafora dan penuh simbolik. Pengajaran terbuka luas daripada perjalanan hidup setiap satu wataknya terutama Daim yang begitu kuat melawan hakikat. “Saya percaya dan yakin Juvana akan memberikan satu pengalaman baru tidak hanya kepada kami barisan pelakonnya, malah kepada penonton juga kerana jalan ceritanya yang jauh tersasar daripada kebanyakan drama televisyen lain,” katanya.

Juvana kembali malam ini yang akan terus meninjau perjalanan Daim Yahya, remaja 17 tahun yang pendiam dituduh membunuh ibunya dan teman lelaki ibunya dalam meneruskan hidupnya di Sekolah Pemulihan Akhlak Wira Bakti.

Sunday, June 5

Iklan Nuffnang

Tengah tengah aku blogwalking tadi , terjumpa pula satu artikel di blog seorang ustaz nie .

Nak baca
Hukum Iklan Nuffnang klik sini


Saturday, June 4

Cerekerama Aku Ingin Ke Syurga

Aku rasa tak lambat lagi kot aku nak post cerita nie . Nie semalam punya cerita .
Semalam , pukul 1.38 pm sedang kaum adam menunaikan ibadat solat jumaat *cehh ayat :D . Aku dpt mesej dari syamira .

Syamira : Beb , tengok tv3 , pkwe kau ada . Hee . Ensem dia pakai baju sekolah
Wani : Ala , malas la . Dia ada kat apa ? *entah apa apa do ayat aku :D
Syamira : Tv3 la
Wani : Yela , tapi untuk apa dia keluar tv tu ?
Syamira : Cerita aku ingin ke syurga
Wani : Ada lagi ke ? Jap jap , pakwe aku tu siapa ? Botak ke ? *perasan gler . haha
Syamira : Baru start cerita nie . Bukan botak la tapi Nazim Othman . Hehe
Wani : Ouh . Ala , hati aku dah tawar lah kat nazim othman . Aku giler botak da sekarang *patutnya tawar hati . Haha . Ayat BM yg hancuss . :D
Syamira : Isshh kau nie , kesian Nazim . Hee . Kau dah minat Botak so maknanya kau dah tak minat Tumulak lah kan
Wani : Biar lah dia . Dia curang dgn aku . Haha . Tumulak , aku still minat lagi , tapi lebih kepada Botak . Hee *poyo do ayat  
Syamira : Siapa curang dengan siapa nie ?
Wani : Haha , dua dua . Jangan lah . Aku nak dua dua , Tumulak dengan Botak . Hee
Syamira : Nazim curang dengan siapa ? Kak nadia wahid ke . Hee . Tak pe ar , aku ambik SY dgn JAA je lah
Wani : Yup ,Kak Nadia Wahid . :D  JAA ? siapa tu ?
Syamira : Ouh , jeles punya kes la nie . Hehe . JAA ? Tak ada siapa lah , aku saje je . Hee *kebluran . Lambat loading . kata syamira
Wani : Tahu tak pe . Ha , aku tahu . Kau jangan , JAA aku punya . Kau ambik SY je .
Syamira : Hah , dapat pon . Hee . Aku nak SY pelakon taw , bukan budak sekolah or pengacara .
JAA : Johan Ariff Asari 
SY : Shukri Yahaya


Sinopsis Aku Ingin Ke Syurga
Aku Ingin Ke Syurga untuk slot Cerekarama di TV3 mengisahkan mengenai Hanafi, remaja yang tersasar jauh dari kehidupan biasa. Dia juga anak yang mementingkan diri sendiri kerana terpengaruh dengan rakan sebaya sehingga bersikap biadap terhadap ibunya, Rabiah.

Hanafi tidak dapat menerima hakikat kehidupan mereka yang agak susah dan seadanya. Seboleh-bolehnya dia mahu ibunya menyediakan apa saja kehendak dan keperluannya tanpa mengira bagaimana cara sekalipun untuk mendapatkannya.

Suatu hari dia melarikan diri dari kampung kerana menyangka dia membunuh ibunya secara tidak sengaja ketika bergelut memaksa ibunya mengikut dia ke bandar untuk mengeluarkan simpanan ibunya bagi membeli motosikal baru.

Hanafi asalnya seorang anak yang baik. Cuma dia berubah setelah berlaku tragedi buruk dalam keluarga. Beberapa tahun sebelum itu, rumah mereka terbakar. Hanafi berjaya menyelamatkan adik-beradik dan ibu kecuali ayahnya. Ayahnya meninggal dunia ketika cuba menyelamatkan ibunya.

Hanafi tidak berapa rapat dengan ayahnya kerana ayahnya seorang yang panas baran dan suka memukul apabila marah. Kadang-kadang dia lebih suka ayahnya mati daripada berdepan dengan kebengisan ayahnya setiap hari.

Namun kematian ayahnya mewujudkan dilema baru dalam hidupnya.

Benci dan marah serta rasa bersalah berbaur menjadi satu. Mulai hari itu, dia mula berubah, bercampur dengan budak-budak liar sebagai pelarian daripada perasaan yang bercelaru itu.

Hanafi meneruskan kehidupannya di bandar dengan pelbagai kegiatan haram. Kehidupannya bergelumang dosa. Bermula sebagai kaki ragut kemudian terbabit dengan kegiatan samseng yang kemudiannya terseret dengan sindiket pelacuran.

Selama 15 tahun dia bergelumang dengan kejahatan dan kemaksiatan. Selama itu jugalah ibunya tidak pernah putus berdoa agar dia selamat dan akan kembali ke pangkal jalan.
Kehidupan Hanafi berubah apabila dia mula batuk serta sakit-sakit dan tubuhnya mulai ditumbuhi kudis. Suatu hari, pertama kali dalam hidupnya, suara azan yang selama ini tidak dipedulikan bergema dari masjid berhampiran kediamannya, menggamit keinsafannya sehingga mengalirkan air mata. Apakah kesudahan nasib Hanafi? Apakah dia akan diterima baik oleh ibu dan adik- adiknya?

Friday, June 3

Akhirnya !!

assalamualaikum .
weyh korang semua , nak tahu . Johan Arif Asari dah confirm aku as his friend la dekat facebook . sukanya . dah lah lama aku tunggu untuk dia approve aku dekat facebook . akhirnya , tertunai juga harapan aku tu .



mesti korang cakap “gedik gila minah ni, Johan tu dah approve aku lama dah *bagi yang add dia lah. ada aku kisah ! suka hati aku lah kan , aku tak menyusahkan korang pun . so , diam ok .

sekian , terima kasih . dan selamat beramal :D

Thursday, June 2

Apakah Dosa Mereka ?

ya allah . kenapalah manusia-manusia berperangai binatang ini sungguh kejam ? tak ada rasa belas kasihan ke . bayi tu baru nak merasa hidup didunia macam kita semua . nak kenal dunia . nak rasa keindahan dunia .

apakah salah dan dosa bayi-bayi ini , hingga diperlakukan sebegini rupa ?

wahai si pelaku , kau  akan dapat pembalasan dari ALLAH . ingat ! ALLAH tu MAHA ADIL . kau tunggu jelah balasanNYA . kau tak terima di dunia , diakhirat kau akan terima !


apakah dosa mereka ?