Tuesday, May 31

Juvanians

bagi korang yang baru atau yang sudah lama layan cerita JUVANA TV3 , tapi masih tak tahu watak juvanians dan sebab mereka dimasukkan ke SEKOLAH WIRA BAKTI . di sini aku nak share dengan korang pasal juvanians SEKOLAH WIRA BAKTI . 

p/s : sila klik gambar untuk pembesaran dan tidak terbantut . :D

Pesalah Juvana : Abe

Pesalah Juvana : Apek

Pesalah Juvana : Ayam

Pesalah Juvana : Botak 

Pesalah Juvana : Chong

Pesalah Juvana : Daim

Pesalah Juvana : Fit

Pesalah Juvana : Gaban

Pesalah Juvana : Gajah

Pesalah Juvana : Kicap

Pesalah Juvana : Komeng

Pesalah Juvana : Panjang

Monday, May 30

Johan Arif Asari




                                                            



botak botak , bila masa hang nak approve aku kt fb . jeles la , tgk mutual friend aku dkt profile kau . haha . jeles kot . suka tgk botak dalam juvana . muka ganas ouh , menyeramkan . :D muka muka ganas pon tapi alim bhaii . aku tabik spring betul dgn dia nie . cer baca artikel kt bawah nie



Dalam Juvana, dia serius dan ganas tetapi realitinya Johan Arrif seorang yang kelakar. Barangkali kerana masih baru dalam dunia lakonan, Johan amat merendah diri, malah segera memohon maaf setiap kali berasakan terlalu banyak bercakap, bimbang ada yang tidak selesa dengan sikapnya itu.
Sengaja mengusik, sikapnya itu mungkin sementara. Setelah dikenali, dia mungkin akan berubah sikap. Tetapi Johan yang berkemampuan menghafaz dua juzuk surah ini berharap tidak berubah sikap apabila dikenali nanti.
“Memang tak dinafikan selepas episod pertama Juvana, ada yang mula memanggil saya dengan panggilan Botak. Waktu itu saya sedang makan di Perlis. Terkejut juga apabila ada yang memanggil nama watak saya. Saya akan membiasakan diri dengan keadaan itu.
“Saya minat berlakon. Tidak salah untuk meminati bidang lakonan dan agama dalam satu masa sama kerana yang penting niat kita.
“Bagaimanapun janganlah panggil ustaz atau hafiz kerana saya hanya mampu hafaz satu setengah juzuk al-Quran saja. Saya pernah menuntut ilmu agama di Jambi dan Batam, Indonesia selama setahun tetapi berhenti kerana tidak tahan dengan disiplin ketat yang dikenakan. Alhamdulillah keluarga tidak halang minat saya dalam lakonan, asalkan tahu menjaga nama baik keluarga,” kata penuntut Kolej Universiti Islam Melaka dalam bidang Diploma Kaunseling itu.
Pertama kali memegang teraju utama adalah pengalaman menyeronokkan. Masih berbaki tiga semester untuk tamat pengajian, Johan meluahkan rasa beruntung kerana berlakon di sisi nama hebat seperti Bront Palare, Zahiril Adzim, Beto Khusairy dan Datuk Kuswadinata.
“Bront ada menitipkan ilmu yang sangat berguna. Dia kata untuk menjadi pelakon, ada dua perkara yang perlu dititik beratkan iaitu pendengaran dan pernafasan. Nasihat itu akan saya pegang.
“Begitu juga Zahiril. Dia menjadi rujukan kami ketika di lokasi. Dia nasihat saya supaya memastikan intonasi serta gaya lakonan konsisten dari episod pertama hingga akhir. Jadi saya agak bimbang jika tidak memberikan lakonan yang konsisten,” kata Johan.
Kesungguhan untuk menjadi pelakon yang baik disebabkan minat yang sudah tertanam sejak di sekolah lagi. Johan dikatakan menangis ketika di lokasi kerana tidak mampu mengekalkan intonasi dan gaya lakonan yang sama. Perkara itu didedahkan oleh Syazwan dan Adam.
Kata mereka, disebabkan terlalu menghayati watak Botak juga, Johan tidak sengaja memukul rakannya sehingga berdarah dan lebam.
petikan : utusan-malaysia-online .

sebenarnya panjang lagi , tapi aku cuma copy-paste yang berkaitan pasal botak sahaja . 


*eh , baru perasan muka apek (syazwan zulkifly) sama mcm abang sepupu aku la . abang aku la yang perasan dulu .
kata anis , kot kot betul abang sepupu aku , cuma nama je yang tukar . haha 

Thursday, May 26

Juvana !

Eh , Syazwan Zulkifli sebagai Apek dalam cerita juvana reply comment aku la kt fb .


 Shukri Yahya sebagai Fit pon , dua dua dia reply , dekat twitter dan facebook .


nak cerita nie , sebenarnya banyak lagi tweet aku dengan Shukri Yahya nie kt twitter , tapi malas la nak promote , nanti ramai yang jeles . haha

Talha Harith sebagai Black plak dia reply wall aku , wall-to-wall ok . bukan kat comment . jangan jeles . haha


aku sebenarnya mengharap Johan Asari ( Botak ) confirm aku as his friend kt facebook , tapi belum kesampaian lagi . tunggu je la . *sabar itu separuh daripada iman ya wani . aku cari twitter dia , tp tak jumpa . aku minat gila dekat dia . muka ganas ouhh . :D

ha , mesti korang cakap aku nie entah apa apa je kan . biar la , hidup aku . aku tak nyusahkan korang pon . so , diam ok . jangan banyak bunyi .

Sunday, May 22

Muslim Ahmad Single ?



ha ! biar betul . tak percaya la muslim ahmad single . kalau betul la dia single , aku tak suka . sebab suka tengok dia dengan kak aida . aku rasa tak betul kot . sbb kalau dulu dia in a relationship with noraida puteh . mungkin dia letak single sebab kak aida da tak ada facebook . dia tak nak in a relationship sorang sorang la tu . hee . hope muslim dan kak aida still lagi . suka tengok mereka . sweet sungguh !

Haram Sambut Hari Lahir Dengan Meniup Lilin dan Menyanyi

Bolehkah menyambut hari jadi dengan meniup lilin dan bernyanyi....setengah orang cakap tak boleh...kalau tak, boleh ke kita tukarkan lagu "Allah selamatkan kamu"?

Jawapannya

Sebenarnya menyambut hari lahir ini tak salah, sebab Rasulullah setiap hari Isnin dia berpuasa untuk memperingati hari kelahirannya. Kemudian setiap tahun 12 Rabiulawal semua umat Islam menyambut hari kelahiran dan perjuangan Rasulullah untuk memartabatkan agama Islam.

Majlis menyambut hari kelahiran adalah baik kerana itu adalah caranya kita menginggati segala nikmat yang Allah berikan kepada kita dan ia merupakan salah satu cara kita bersyukur kerana Allah melahirkan kita di dunia ini dengan keadaan baik dan sihat.

Tapi kita kena ingat kalau majlis ini salah pengisiannya atau salah meraikannya dengan cara tidak mengikut apa yang ditetapkan oleh syarak seperti adanya tarian, menari, konsert, bercampur antara lelaki dan perempuan yang bukan mahramnya. Meninggalkan solat dan sebagainya. Maka ini jelas menjadi haram. Menjadi persoalan ramai umat Islam diluar sana bolehkah meraikan hari kelahiran dengan memasang lilin di atas kek dan menyanyikan lagu “selamat hari jadi”?

Jawapannya, perkara ini datang bukan dari budaya Islam dan ia datang daripada budaya barat. Hadis Nabi Muhammad SAW yang membawa maksud :

“Barangsiapa menyerupai sesuatu kaum maka dia bukan dari golongan ku.”

Jelas di sini bahawa merayakan hari kelahiran dengan meniupkan lilin itu bukan dari Agama Islam, malah ia dipraktikkan oleh masyarakat Kristian setiap kali mereka menyambut hari kelahiran mereka. Barang siapa yang menyambutnya dengan cara memasang lilin di atas kek dan menyanyikan lagu hari lahir adalah haram sebab dia bukan dari budaya Islam. Cara Islam menyambut hari kelahiran adalah dengan melaksanakan kenduri kesyukuran, membaca doa dan menjemput semua kaum kerabat dan sahabat-sahabat yang berdekatan dengan tujuan untuk bersilaturahim antara satu sama lain.

Akhir kalam, masuklah kedalam Agama Islam dengan cara keseluruhannya bukan masuk yang mana sesuai kita ambil dan yang tidak sesuai dengan nafsu kita tinggalkan. Jadilah umat Islam yang taat kepada perintah Allah dan meninggalkan perkara yang mungkar dan syubhah, kerana ini lebih menjaminkan keselamatan kita di dunia dan di akhirat. Rayakanlah hari kelahiran sepertimana yang ditetapkan oleh syarak Islam, mudah-mudahan majlis yang 
dijalankan itu diberkati dan dirahmati oleh Allah.

Sunday, May 15

baby boy



MUHAMMAD NAUFAL BIN HAIDEFAIZAL

aku sudah jadi makcik . abg dan akak ipar aku dapat anak . baby boy .  . geng pak lang ye baby . *pak lang (abg kedua aku) . dilahirkan pada bulan mei , iaitu 10 mei 2011 , 5 hari lepas birthday nenek dia , my mom . dilahirkan pada jam 5.55 pagi .

angka yang sgt smart , 5.55 pagi , pada bulan 5 dan 5 hari selepas birthday mak aku . 

Sunday, May 8

nazim othman tengok video matluthfi la (:

eh , tak sangka la . nazim othman pon tgk video matluthfi . aku dpt tahu sbb dia tweet pasal video matluthfi . bertambah ramai peminat la matluthfi sekarang .




ini video terbaru matluthfi sempena hari ibu 8 mei 2011 . 
*aku lambat post plak pasal video nie . :)

oh tidak !

Da lama tak update blog . Da bersarang agaknya blog aku nie .

Td aku layan Oh! Tidak . Then aku terbaca 1 post nie dkt page Oh! Tidak . Iaitu ucapan khas untuk Jepun . Lawak + kebenaran la . 




ucapan yang sungguh ikhlas dan jujur .